Buletin

BERAPAKAH SAMAN SKANDAL DIESELGATE YANG DIBAYAR VOLKSWAGEN PADA 2018?

Bagi mereka yang menganggap skandal Dieselgate Volkswagen sudah selesai, anda sebenarnya salah. Menurut Reuters, pembuat kereta Jerman itu telah membelanjakan berbilion ringgit untuk kos penyelesaian akibat daripada skandal itu.

Ketua Pegawai Kewangan, Frank Witter memberitahu mingguan Jerman Boersen-Zeitung, untuk tahun 2018 sahaja, VW membelanjakan USD6.25 bilion (RM26.11b) dan bukan itu sahaja, mereka perlu memperuntukkan berbilion USD lagi tahun depan juga.

Berapa banyak?

Witter berkata ia menganggarkan sekurang-kurangnya USD2.28 bilion (RM26.23 bilion) lagi. Denda ini juga akan berterusan sehingga tahun 2020, di mana kos akhir bagi VW dijangkakan boleh mencecah satu bilion Euro atau lebih.

BACA: DIESELGATE, VW DIDENDA EURO 1B

Adakah itu bermakna VW akan membelanjakan lebih dari $ 9.5 bilion dalam hanya tiga tahun? Seperti yang dimaklumkan dalam industri, VW telah membelanjakan lebih daripada 27 bilion euro (RM128.3 bilion) untuk menyelesaikan tindakan undang-undang pelabur dan juga pengguna.

Terdapat juga denda dan kos berkaitan lain. Ini adalah kerana manipulasi fakta, berbohong, menipu pengguna dan juga kerajaan.

BACA: SELAMAT TINGGAL DISEL – PORSCHE

Sejak skandal tersebut terbongkar pada September 2015, VW telah mengubah sepenuhnya strategi produknya. Di sebalik enjin diesel, masa depan VW kini fokus ke arah kenderaan elektrik dengan barisan yang pertama akan dimulakan pada tahun 2019.

Witter juga menegaskan bahawa China terus menjadi pasaran yang besar yang akan menyediakannya pendapatan yang diperlukan.

BACA: BMW HENTI DISEL. FOKUS PHEV

 

Google ads
Back to top button