Buletin

LEXUS LFA, LADA NIVA KERETA ‘RARE’ YANG PALING DICARI DI UK

Sekali imbas, memang langsung tiada kaitan dan persamaan antara supercar bernadikan V10 Lexus LFA dengan sebuah SUV off-road jenama Russia, Lada Niva.

Namun, berdasarkan kajian terbaharu oleh Confused, kedua-dua model kereta tersebut sebenarnya merupakan model yang paling dicari-cari oleh para pengguna Google di UK.

Dengan jumlah carian tahunan sebanyak 42,920, Lexus LFA yang telah ditamatkan produksi pada tahun 2012 menduduki tempat pertama, dan difahamkan terdapat tiga unit yang masih lagi berdaftar di negara tersebut.

Masa dilancarkan, ia bukanlah model yang hangat macam GT-R, tapi selepas tamat produksi, ramai pula yang mencari. Aneh bukan.

Di tempat kedua, ia disandang oleh Lada Niva, dengan jumlah carian sebanyak 25,100 kali pada tahun lalu.

Diperkenalkan pada tahun 1977, Lada Niva merupakan antara SUV off-road mampu milik dengan lebih 3 juta unit telah terjual, dan daripada jumlah itu 51 unit didaftarkan di UK, sekaligus menjelaskan status terhad model tersebut di sana.

Di dalam kelompok supercar, Lexus LFA sekali lagi menjadi juara mengalahkan pesaingnya McLaren P1 di tempat kedua dengan jumlah carian berjumlah 14,210 dan hanya empat unit sahaja yang berdaftar di UK.

Sebuah lagi supercar rare ialah Lamborghini Centenario, di mana hanya ada satu unit sahaja model tersebut didaftarkan di sana. – Confused

Google ads
Back to top button