Buletin

LISTER DATANG LAGI, KALI INI DENGAN SUV 321 KM/J!

Sebelum ini kami pernah memaparkan tentang kebangkitan semula syarikat Britain iaitu Lister Motor Company. Lister Cars diasaskan oleh Brian Lister di Cambridge, England pada tahun 1954.

Selepas lama tanpa khabar berita tentang model baharu, Lister mengumumkan perancangan mereka iaitu sebuah Jaguar F Type yang dinaik taraf pada awal tahun ini.

Rupa-rupanya bukan itu sahaja projek Lister. Ada sebuah lagi projek dalam pembangunan dan ia bukannya kereta super atau penumpang yang lazimnya dikaitkan dengan jenama berprestasi.

Lister sekarang ini sedang membangunkan projek SUV 670 bhp yang terpantas di dunia dengan kelajuan maksimum 321 km/j dan pecutan 0 hingga 96 km/j dalam masa 3.5 saat sahaja.

Angka prestasi ini bukan sahaja terpantas untuk sebuah SUV tetapi juga setara malah lebih pantas daripada beberapa kereta super lain.

Sama seperti LFT 666 Coupe yang diasaskan dari Jaguar, projek SUV yang diberi nama Lister LFP ini turut meminjam sebuah Jaguar iaitu model F-Pace.

Sekali lagi sama seperti LFT Coupe, model SUV ini tidak perlu menunggu lama untuk dilancarkan. Ia bakal dipertontonkan dalam beberapa minggu akan datang dan penghantaran pertama akan bermula pada Oktober tahun ini.

Nampaknya pelanggan sudah pun berjaya mengetahui tentang projek ini dan Lister telah membuka tempahan untuk mereka yang berminat.

Projek ini telah dimulakan lebih setengah tahun lalu oleh Jabatan Penalaan Lister. Lister ini tidak berselindung malah mengakui projek ini melibatkan modifikasi dan naik taraf Jaguar F-Type.

Konsep modifikasi adalah sama seperti LFT 666 Coupe dengan menggantikan beberapa komponen daripada material gentian kaca yang dapat mengurangkan berat kereta.

Spesifikasi akhir Lister LFP 666 masih lagi rahsia kecuali indikator harganya. Bermula daripada GBP 140,000 atau RM 750,865 anda sudah boleh menempah SUV terpantas di dunia ini.

Lamborghini Urus atau Lister LFP 666?

BACA: PERNAH DENGAR LISTER MOTOR COMPANY? TIDAK PERNAH? SAMA LAH

BACA: LAMBORGHINI URUS, SUPER SUV 1-100 KM/J DALAM MASA 3.6 SAAT!

Google ads
Back to top button