Buletin

NISSAN SAH SEDANG BANGUNKAN MODEL Z YANG BARU

Naib Presiden Reka Bentul Global Nissan, Alfonso Albaisa mengesahkan bahawa pihaknya sedang sibuk membangunkan kereta sports Nissan Z baharu.

“Tekanan untuk membina Z sangat besar. Anda boleh bayangkan bahawa saya sangat teruja dengan apa yang sedang kami bangunkan ini,” kata Albaisa.

Albaisa bertugas di pusat reka bentuk Nissan selama 31 tahun. Mengantikan Shiro Nakamura tahun lalu, antara portfolionya ialah Infiniti Pototype 9 dan Infiniti Q Inspiration Concept. 

Beliau bagaimanapun enggan mengiya atau menafikan spekulasi tentang nasib model Z. Ada khabar angin menyatakan Z baru mungkin dipanggil 400Z dan bakal berkongsi komponen dengan Infiniti Q60.

Z baharu dijangka dipertontonkan kepada umum semasa acara Tokyo Motor Show 2019. Mengulas tentang enjin apa yang akan digunakan kepada Z, terdapat banyak khabar angin.

Ada yang menyatakan Nissan akan menggunakan enjin empat selinder bersesaran 2.0 liter daripada Mercedes-Benz dan enjin V6 3.0 liter Infiniti. Versi Z paling berkuasa didakwa mampu menjana sehingga 400hp dan mungkin juga ada varian hibrid. 

370Z yang ada sekarang sudah berada di pasaran sejak tahun 2009. Penggantinya, 350Z pula diperkenalkan pada tahun 2002.

kredit foto: carscoops.com

Google ads
Back to top button