Artikel Pilihan

LITTLE JOE JALIN KERJASAMA SULUNG BERSAMA HARIMAU MALAYA

Buat peminat Harimau Malaya, anda kini boleh terus menzahirkan sokongan terhadap skuad kebangsaan menerusi jenama penyegar udara terkenal Switzerland, Little Joe selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan jalinan kerjasama bersama syarikat itu, hari ini.

Penyegar udara kereta edisi khas Little Joe-Harimau Malaya yang berbentuk 3D itu merupakan rekaan pertama di Malaysia. Ia  tidak menggunakan cecair pewangi dan dihasilkan di Itali.

Penyokong Harimau Malaya boleh mula mendapatkan penyegar udara kereta Little Joe berkenaan bermula hari ini.

Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Dato’ Sri Shahril Mokhtar berkata usaha sama terbaharu FAM ini menunjukkan industri bola sepak kini mampu memberikan nilai komersial yang tinggi kepada barisan penaja.

“Meskipun keadaan pandemik COVID-19 masih lagi melanda negara, nilai komersial yang boleh diberikan oleh sukan bola sepak masih lagi mampu untuk menarik perhatian penaja.

“Kolaborasi pertama bersama Little Joe juga melambangkan syarikat-syarikat korporat sudah mula memberikan perhatian terhadap arena bola sepak. Setiap pembelian produk Little Joe-Harimau Malaya akan disalurkan kepada pembangunan bola sepak negara,” kata Dato’ Sri Shahril.

Jelas Shahril lagi, ia selari dengan visi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang sering mengingat serta menggalakkan kolaborasi bersama jenama antarabangsa dan tempatan bagi meluaskan lagi jangkauan jenama Harimau Malaya.

Stuart pula menambah selepas pengumuman kerjasama bersama Al-Ikhsan Sports Jumaat lalu, kolaborasi bersama Little Joe dilihat sebagai satu usaha FAM untuk memastikan para peminat dapat membeli barangan dan produk rasmi FAM dengan lebih mudah.

Sempena Hari Kebangsaan yang disambut esok, Little Joe juga telah menampilkan set kotak Little Joe istimewa. Ia menampilkan barangan eksklusif Little Joe-Harimau Malaya seperti penyegar udara edisi khas Little Joe – Harimau Malaya, kain Microfiber, t-shirt Little Joe-Harimau Malaya serta akan dipasarkan pada harga RM149 menerusi Shopee dan Lazada.

Bagi fasa pertama pengedaran penyegar udara kereta edisi terhad Little Joe-Harimau Malaya ini, peminat skuad kebangsaan boleh mendapatkan produk berkenaan menerusi Shopee dan Lazada pada harga RM24. Produk itu akan mula dipasarkan di semua pam stesen minyak Petronas dan BHP bermula Oktober ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Little Joe Malaysia, Mohamad Farhan Mohd Fawzi menyatakan rasa berbesar hati di atas jalinan kerjasama bersama badan induk bola sepak negara itu.

“Little Joe Malaysia amat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada   penyumbang dalam pembangunan bola sepak negara. Besar harapan kami agar penyegar udara jenama Little Joe ini akan mendapat tempat di hati setiap rakyat Malaysia.”

Tambahnya lagi, untuk menjadikan produk ini lebih meriah di pasaran, Little Joe Malaysia akan menganjur pertandingan ‘Beli dan Menang’ bermula esok sehingga 16 September depan.

Pemenang bertuah akan membawa pulang set eksklusif Little Joe-Harimau Malaya yang bernilai RM190 serta ditandatangani pemain skuad Harimau Malaya.

GALERI

Google ads
Back to top button