Buletin

LITTLE JOE MALAYSIA DAN KEDAI MESRA PETRONAS LANCAR 8 PEWANGI KERETA BERASASKAN POLIN

Mesra retail & café Sendirian Berhad berkolaborasi bersama Little Joe Malaysia untuk melancarkan Mesra Car Air Freshener baharu di Petronas Jalan Kolam Ayer Lama, Kuala Lumpur.

Terdapat lapan jenis pewangi tersedia iaitu Black Velvet, Ocean Splash, Fruit, Fresh Mint, New Car, Passion, Cherry dan Vanilla. Dua daripada lapan pewangi itu, New Car (Petronas green) serta Fruit (Orange) hanya eksklusif di Kedai Mesra.

Menurut jurucakap Litte Joe, “Kami percaya kerjasama ini akan mencipta satu trend penggunaan Mesra Car Air Freshener sebagai pewangi kereta pilihan.

“Di masa hadapan, kami akan terus mempromosikan pelbagai kempen serta produk. Pada Mac depan, kami akan melancarkan kempen ‘Joe Balik Raya’, pelbagai tawaran hadiah menarik juga disediakan untuk pelanggan Kedai Mesra.”

Tambahnya lagi, produk ini tersedia dengan warna unik, serta penyegaran udara berasaskan polin (bukan cecair) yang tidak menyebabkan sebarang tumpahan cecair pada kereta pengguna.

Produk tersebut 100 peratus dijamin selamat dan mematuhi piawaian IFRA. Ia juga fokus kepada ciri-ciri utama seperti bebas alkohol dan mesra alam.

Dari segi reka bentuk, ia akan menarik perhatian pengguna, dengan rekaan berwarna-warni dalam mencapai visi kesegaran kenderaan bersesuaian dengan citarasa masa kini. Pewangi ini boleh anda beli pada harga RM18.90 seunit.

Google ads
Back to top button