NOLAN MALAYSIA PERKENAL RANGKAIAN HELMET 2023. BERMULA RM629 SEUNIT. KANA KEWA JADI PENGEDAR SAH BAHARU
Jenama topi keledar dari Itali, Nolan hari ini mengumumkan Kana Kewa Sdn. Bhd. (Kanakewa) sebagai pengedar sah terbaharunya untuk pasaran tempatan.
Pengumuman tersebut dibuat pada acara Viaggio Italiano Conference yang dianjurkan oleh Nolan Malaysia untuk memperkenalkan rangkaian produk terkini Nolan kepada pengguna di Malaysia.
“Kami faham bahawa untuk melancarkan satu jenama dalam pasaran yang matang boleh jadi mengujakan dan mencabar. Namun, kami percaya dengan pengetahuan anda tentang pasaran Malaysia dan rangkaian jualan yang kukuh akan membolehkan topi keledar Nolan lebih diterima ramai,” kata Pengurus Jualan Eksport Nolan Group, Luca Farina.
Nolan Group ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Lander Nocchi dan menjadi antara nama besar dalam pasaran akesori motsoial dan kereta di dunia. Nocchi bertanggungjawab memperkenalkan penggunaan polikarbonat dalam penghadilan topi kelesar, sekali gus menambah baik aspek keselamatan penunggang motosikal.
Viaggio Italiano Conference menyaksikan banyak topi keledar baharu dilancarkan. Ini termasuklah X-Lite Series dan Nolan Series. Topi keledar itu boleh didapati dalam saiz S hingga XL dan hadir dengan jaminan selama lima tahun.
Harga topi keledar terbaharu Nolan adalah seperti berikut:
- N21 Mini Jet Helmet – RM629 (plain), RM689 (grafik
- N40-5 Jet Helmet open face – RM949 (plain), RM1,099 (grafik)
- N60-6 full face dengan visor dalaman – RM749 (plain), RM989 (grafik), RM1,049 (replika)
- N80-8 full face dengan visor dalaman – RM949 (plain), RM1,199 (grafik)
- N90-3 Modular Helmet – RM1,199 (plain), RM1,399 (grafik)
- N70-2X System Helmet hadir dalam 8 konfigurasi. Direka untuk kegunaan on dan off-road – RM1,399 (plain), RM1,599 (grafik)
- X-803 RS X-Lite Series dilengkapi spoiler aerodinamik, kunci mekanikal, carbon fitting dan ultra carbon – RM2,499 (plain), RM2,749 (grafik, RM2,989 (replika)
Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://bit.ly/nolanhelmetmyAD
GALERI