Buletin

LOTUS: NAK BUAT SUV KE SEDAN?

Pengeluar kenderaan terkemuka Britain, Lotus dikatakan masih berfikir sama ada untuk melancarkan model sedan atau SUV dalam usaha menambah rangkaian produknya.

Lotus memang merancang untuk memperkenalkan jenis kenderaan baharu dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Tetapi pelbagai isu timbul menyebabkan proses membuat keputusan untuk mana-mana projek tertangguh. batch_lotus-suv-sedan-mekanika

Pada tahun 2014, pembuat kereta sports itu memberhentikan satu perempat tenaga kerjanya untuk mengurangkan kerugian. Namun, eksekutif kanan Lotus masih berminat untuk melancarkan model SUV atau sedan. Kemungkinan Lotus membangunkan sedan kelihatan sedikit pelik. Terutama segmen itu tidak lagi popular di pasaran-pasaran tradisional. Tetapi situasi itu berbeza di China di mana sedan dan SUV menjadi molde popular. Jadi, membangunkan sebuah sedan eksklusif untuk pasaran automotif terbesar di dunia itu memang logik.

batch_lotus-suv-sedan-mekanika4

Satu lagi kemungkinan model Lotus ialah SUV yang didakwa lebih ringan berbanding mana-mana pesaingnya. Pada masa yang sama menawarkan kemampuan dinamik mengagumkan. Biarpun kedengaran mustahil, Lotus mungkin mengeluarkan aspek ‘SUV paling ringan dan lincah’ di dunia itu. Ia juga perlu mendapatkan pembiayaan untuk membangunkannya bersama pasaran yang mempunyai minat besar terhadap SUV. Lotus sebelum ini pernah mendedahkan model-model konsep yang kelihatan seperti sedan atau SUV jika mereka membangunkannya. Mereka juga menamakannya sebagai Lotus Eterne dan Lotus APX.

batch_lotus-suv-sedan-mekanika3

Lotus Eterne merupakan sebuah sedan empat dengan reka bentuk seperti Tesla Model S. Sementara APX pula mempunyai pengaruh rekaan Acura ZDX. Apa yang pasti, semua projek di bawah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar telah dibatalkan. Jadi, ucapkan selamat tingal kepada model Esprit baharu dan beberapa model yang pernah diumumkan oleh Dany sebelum ini. Lotus kini perlu fokus untuk buat untung. Menjual kereta sports sahaja sudah tidak memadai.

Google ads
Back to top button