Motosikal

MAAF, BUKAN FORZA 150, BOON SIEW LANCAR HONDA BEAT 110 – RM5,565

Semalam kami siarkan spekulasi mengenai skuter yang akan dilancarkan oleh Boon Siew Honda (BSH) hari ini. Kami menjangkakan mereka akan lancarkan Honda Forza 150 tetapi ternyata bukan itu yang BSH rencanakan.

Bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi siang tadi, BSH melancarkan skuter kecil terbaru mereka Honda Beat. Ia akan menggantikan posisi Honda Spacy yang akan dihentikan pasarannya dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

BACA – ADAKAH FORZA 150 DILANCAR ESOK?

BACA – MODENAS LANCAR 2 SKUTER PADA 25HB NOV

Antara ciri menarik pada skuter kecil ini ialah

  • Sistem Brek Combi (CBS) Honda. Sistem yang membolehkan brek hadapan dan belakang aktif serentak secara automatik.
  • Skuter pertama diiktiraf standard Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di Malaysia, mengurangkan pencemaran karbon terhadap alam sekitar
  • Jimat – 2 liter bagi 100km

honda-beat-3

 

Tergolong sebagai Active Lifestyle Device (Gaya Hidup Aktif), Honda BeAT direka untuk menyokong dan memudahkan kehidupan serba pantas generasi muda masa kini.

Sistem Brek Combi atau CBS (Combi Brake System) adalah antara ciri paling menonjol dan unik bagi model BeAT keluaran Boon Siew Honda. Sistem canggih menggunakan teknologi keselamatan lanjutan ini membolehkan jarak brek yang lebih pendek, bermakna lebih kawalan kenderaan serta mengutamakan keselamatan di jalan raya.

Honda BeAT juga dilengkapi sistem Tuas Penguncian Brek (Smart Lock System) yang mengunci brek bagi memastikan permulaan atau parkir yang selamat serta mengelak penunggang memecut secara tak sengaja.

Terdapat juga ciri keselamatan Suis Tongkat Sisi, yang menghentikan enjin secara automatik apabila tongkat sisi digunakan.

honda-beat-2

Mengulas mengenai standard pematuhan EEV, Nagata berkata, “Boon Siew Honda adalah pengeluar kenderaan beroda dua pertama di negara ini yang menerima status pengiktirafan (EEV) ini. Inilah cara kami memastikan pembangunan itu selaras dengan usaha memulihara alam sekitar”.

“Adalah mustahak untuk kita mengurang kesan karbon, sejajar dengan Polisi Automotif Kebangsaan (NAP) 2014 yang digariskan oleh kerajaan Malaysia. Kami menyokong matlamat kerajaan supaya Malaysia muncul sebagai hab regional EEV menerusi adaptasi teknologi tinggi.”

Boon Siew Honda optimistik dengan penerimaan pasaran kepada Honda BeAT dan mensasarkan jualan tahunan sebanyak 12,500 unit.

Terdapat empat warna pilihan untuk skuter bergaya ini, termasuk Vital Metallic Blue, Pearl Magellanic Black, Viva City Red dan khusus untuk wanita, Angel Pink.

Harga bilik pameran untuk skuter ini adalah RM 5,565, termasuk GST. Model ini dilengkapi dengan dua tahun atau 20,000km jaminan pengeluaran.

Tags
Google ads
Back to top button