BuletinModifikasi

LUPAKAN AMG-G65. INI BRABUS 800 WIDESTAR. 789HP!

Kalau ada sebuah SUV yang nampak macam tak padan dengan harga, maka kami rasa ia adalah Mercedes G Wagen. Dengan rekabentuknya yang simetri dan berkotak, ia tak nampak mahal – khususnya dari perspektif pandangan tokey kosmetik timbang kilo dan golongan acah kaya MLM yang merasakan Ford Mustang 2.3 Ecoboost merekalah yang paling agung di dunia.

Tapi di kalangan orang kaya, membeli G-Wagen pekak sahaja masih tidak cukup kaya. Jadi kena beli AMG 63 baru nampak kaya sejati.

Tapi di kalangan paling kaya antara yang kaya sejati, mereka akan beli yang ini – versi Brabus 800 Widestar. Dengan enjin 4.0 liter V8 twin-turbo, ia bukanlah setakat kaya sahaja. Kena ada jiwa dan juga kemahiran memandu yang bagus.

Jika model standard menghasilkan 577 kuasa kuda dan 627 paun tork, versi Brabus ini menghasilkan 789 kuasa kuda dan 788 paun tork. Ia lebih berkuasa dari AMG paling berkuasa – G65 berenjin V12.

Dengan berbekalkan kelebihan 212 kuasa kuda dan 111 paun tork, pecutan Brabus ini lebih pantas dengan catatan 4.1 saat untuk jarak 0-100 berbanding 4.5 pada versi G65.

Bukan hanya di bahagian enjin, seperti pada namanya, SUV ini dilengkapi dengan kit widebody yang menambah empat inci kelebaran fender sisi dan menempatkan rim berdiameter 23 inci jenis forged.

Bahagian dalamannya dibalut semula dengan warna tan dua tona dan hitam. “siling” bumbung kini disinari bintang-bintang kecil.

Sesungguhnya inilah erti kekayaan sebenar. Siapa beli ni dia Abang Japar nobatkan sebagai…

The King!

GALERI

Google ads
Back to top button