
Pada 1969, Honda telah memperkenalkan kepada dunia CB750 buat pertama kalinya. Dengan teknologi yang cukup maju ketika itu seperti bentangan kepala selinder DOHC, enjin empat selinder dan revolusi brek cakera hadapan, ia dianggap superbike sebenar pertama di dunia.
Bagi meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-50, Honda Itali telah menghasilkan edisi khas yang dikenali sebagai CB1000R Tribute.
Populariti Honda CB750 sungguh besar dan meluas sehingga ia tidak pernah berubah sejak dihasilkan dari 1969 hingga 2003. Malah pada 2007, Honda telah menghasilkan unit terhad untuk pasaran Jepun sahaja.
CB1000R Tribute ini diasaskan daripada model CB750. Perubahan yang dibuat lebih kepada bayangan rekabentuk masa silam yang nostalgik seperti warna biru ikonik dan warna emas serta perkataan “HONDA” menggantikan logo sayap Honda.
Terdapat juga lencana “1000” di bahagian plat sisi yang menggunakan bentuk lencana “750” asal. Dari segi mekanikal, keseluruhannya adalah dalam keadaan asal. Hanya rekaan ekzos berbentuk “Y” serta roda aloi dengan jejari lebih “kurus” membezakannya dengan versi asal.
Honda Itali merancang untuk mempamerkan CB1000R Tribute pada pameran Roma Motordays motorcycle show akan datang dan pengunjung bertuah akan membawa pulang motosikal ini.
- BACA: SEJARAH IKONIK SUPERBIKE 70-AN
- BACA: KATA-KATA EMAS SOICHIRO HONDA
- BACA: KISAH MENYAYAT HATI TENTANG SUPERBIKE DARI SYARIKAT TERNAMA YANG TIDAK LAKU DI PASARAN
- BACA: HONDA PERKENAL CB1100X