Artikel PilihanBuletin

LV HASILKAN BEG UNTUK BMW i8

Louis Vuitton (LV) telah menghasilkan satu koleksi beg khas untuk kereta sports paling progresif, BMW i8 plug-in hybrid.

LV BMW (1)

Koleksi itu terdiri daripada dua beg travel, satu business case dan satu beg pakaian. Bagi memastikan penggunaan ruang yang optimum, beg-beg itu direka khas untuk membolehkannya dimuatkan dengan sempurna ke dalam kabin BMW i8.

“Penggunaan material CFRP pada kereta sports BMWi8 membuktikan falsafah pembinaan kenderaan yang ringan. Louis Vuitton juga mempunyai kepercayaan sama dalam aspek inovasi, estetik dan rekaan yang ringan menerusi koleksi beg ini,” kata Timbalan Presiden Kanan BMW Group Design, Adrian van Hooydonk.

Warna karbon hitam beg tersebut nyata sepadan dengan warna BMW i8. Rupanya yang sofistikated diserlahkan menerusi corak Damier yang sememangnya sudah menjadi tanda dagang LV.

LV BMW (3)

Pemegang beg dihasil menggunakan kulit asli yang diwarnakan. Semua item itu didatangkan bersama tag nama kulit dan mangga LV, kecuali pada beg bajunya.

“Kolaborasi dengan BMW membuktikan bahawa LV berkongsi nilai yang sama iaitu kreativiti, inovasi teknologi dan gaya. Pasukan pekerja mahir kami di Louis Vuitton menikmati setiap cabaran dalam projek istimewa ini,” kata Ketua Tempahan Khas Louis Vuitton yang juga cicit kepada pengasas jenama tersebut, Patrick-Louis Vuitton.

LV BMW (2)

Diinspirasi oleh reka bentuk BMWi8, koleksi beg ini diperbuat daripada gentian karbon yang sangat ringan dan tahan lasak. Koleksi ini boleh dibeli berdasarkan permintaan di beberapa butik LV terpilih di seluruh dunia seperti di Munich, Milan, London, Paris, Moscow, Dubai, New York dan Los Angeles bermula 1 April 2014.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button