Buletin

VOLKSWAGEN T-ROC

Volkswagen (VW) bakal memperkenalkan model konsep SUV T-ROC pada Geneva Motor Show 2014 tidak lama lagi. 

T-ROC_02

T-ROC memberi bayangan tentang rekaan SUV masa depanVW. Ia dilihat lebih kecil daripada Tiguan. Tetapi sedikit besar berbanding model konsep Taigun SUV yang kini berada dalam fasa pembangunan.

T-ROC_08

Model konsep dua pintu dengan kapasiti empat tempat duduk itu menggabungkan kelincahan SUV berpacuan semua roda (AWD). Rekaan bumbung yang diperbuat daripada komposit karbon itu menyaksikan bahagian tengahnya boleh dibuka kepada dua bahagian dan disimpan di dalam but.

T-ROC_05

Sama seperti Golf, T-ROC dibina di atas platform Modular Transverse Matrix (MQB) dan hanya seberat 1,420kg. Pasukan di Volkswagen Design yang diketuai oleh Walter de Silva dan Klaus Bischoff telah meningkatkan DNA SUV VW ke dalam T-ROC menerusi rekaan gril radiator 3D, lampu RDL, lampu utama LED dan elemen LED pada bahagian belakang.

T-ROC_07

Jentera itu dipasang dengan kamera pada bahagian hadapan dan belakangnya. Imej kemudian dipaparkan ke sebuah tablet yang diletak pada konsol tangah. Ia nyata membantu ketika menempuh laluan off-road.

T-ROC_06

Nadi T-ROC ialah unit enjin turbodiesel berkuasa 184PS dan tork maksimum 280Nm bermula pada 1,750rpm. Kuasa tersebut diagihkan oleh kotak gear DSG tujuh kelajuan yang baru dibangunkan untuk sistem pacuan semua roda 4MOTION. Penggunaan bahan api T-ROC dijangka berada pada takat 4.9l/100km dan emisi karbon sebanyak 129g/km.

T-ROC_03

Huruf T pada nama T-ROC merujuk kepada barisan model SUV VW seperti Taigun, Tiguan dan Touareg. Sementara ROC pula bermaksud jentera AWD yang mampu bergerak di atas laluan berbatu dan tar.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button