Buletin

SERVIS CARAMA CASTROL

Tidak pasti berapa yang perlu anda keluarkan untuk membaiki kereta yang rosak? Tidak perlu risau lagi. Dengan laman web Carama daripada Castrol (www.carama.com), anda kini sudah boleh mendapat anggaran kos membaiki kereta dengan mudah.  

Carama_Helpline 012 2277884 (2)

Ini kerana laman web tersebut sudah memiliki ciri kalkulator untuk mengira kos membaiki kenderaan. Dilancarkan secara rasmi semalam, ciri tersebut membolehkan pengguna mengetahui kos pembaikan di bengkel-bengkel yang boleh dipercayai dan terletak berhampiran anda!

SONY DSC

Carama sebenarnya adalah sebuah laman web yang dibangunkan oleh pengeluar minyak pelincir terkemuka dunia, Castrol. Ia juga merupakan servis dalam talian yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Carama Offers Car Owners Peace of Mind_3 months or 5,000 KM warranty

Jika anda belum pernah mengunjungi laman web terbabit, saya boleh katakan bahawa ia memang mesra pengguna. Anda boleh mendapatkan maklumat yang diingini dengan mudah.

20140228_122016

Carama baru berusia empat bulan. Jadi, buat masa sekarang servis kalkulator tersebut hanya melibatkan beberapa jenama serta model terpilih seperti Proton, Perodua, Honda, Toyota, Nissan, Suzuki, Isuzu, Mitsubishi, Ford dan Naza. Saya yakin, angka itu akan bertambah dan lebih komprehensif pada masa akan datang.

Carama_Price Assurance

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan ini? Carama tidak mengenakan sebarang kos kepada anda. Selain itu, anda juga layak menerima jaminan selama tiga bulan atau perbatuan sejauh 5,000km, harga berpatutan, perkhidmatan drop off dalam lingkungan jarak lima kilometer serta menerima bayaran balik sebanyak empat peratus daripada bil keseluruhan anda selepas menempah slot servis kereta di Carama.

Kini terdapat 130 buah bengkel di Lembah Klang berada dalam senarai Carama. Menurut Pengurus Besar Carama, Sumeet Wadhwa, pihaknya akan meningkatkan jumlah itu kepada lebih 500 buah bengkel menjelang akhir tahun ini.

SONY DSC

Semua bengkel itu telah menjalani proses penilaian ketat melibatkan 40 aspek demi memenuhi standard bengkel yang berkualiti.

Sebelum ini, Carama ada menjalankan kaji selidik bersama blog pemotoran paultan.org. Dapatan kaji selidik yang melibatkan 1,600 pemilik kenderaan itu adalah seperti berikut:

  • 87% mahukan servis yang lebih berkualiti
  • 75% mahukan mekanik yang boleh dipercayai
  • 51 mahukan harga yang sewajarnya
  • 77% tidak berpuas hati dengan kualiti kerja bengkel yang mereka kunjungi
  • 71% tidak pasti adakah masalah yang dibaiki akan berlaku semula atau sebaliknya
  • 92% takut dikenakan caj berlebihan
  • 27% mahu melihat peningkatan dari segi kepakaran teknikal
  • 22% mahu melihat ketelusan dalam servis
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button