
AGENSI PELANCONGAN THAILAND TAWAR PAKEJ SUNTIK VAKSIN DI AMERIKA DAN RUSIA
Agensi pelancongan Thailand dilapor menawarkan ‘pakej pelancongan vaksin Covid-19’ ke Amerika Syarikat (AS) selepas ramai rakyatnya yang kaya-raya tidak sanggup menunggu untuk mendapatkan vaksin, lapor akhbar South China Morning Post.
Pelancongan tersebut memperlihatkan jurang antara negara maju seperti AS yang berjaya melaksanakan kempen vaksinasi dengan pantas. Sedangkan majoriti negara membangun masih menunggu untuk mendapatkan vaksin.
Syarikat pelancongan Thailand, Unithai Trip menawarkan pakej berharga antara 75,000 baht (RM9,918) hingga 200,000 baht (RM26,448) untuk perjalanan ke Los Angeles dan New York. Harga itu bagaimanapun berbeza mengikut jarak masa antara dos pertama dan kedua.
Pemilik Unithai Trip, Rachapol Yamsaeng berkata, 90 peratus pelanggannya mahukan suntikan vaksin Pfizer yang memerlukan selang masa 20 hari bagi kedua-dua dos. Tambahnya, satu kumpulan pelancong vaksin dijangka berlepas minggu hadapan.
Lawatan tersebut boleh memberikan keuntungan kepada agensi pelancongan Thailand yang merudum akibat pandemik Covid-19.
Menurut Rachapol, semua agensi pelancongan sedang menghadapi tempoh sukar ketika ini dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk kembali bangkit.
Jurucakap kedutaan AS di Bangkok bagaimanapun enggan memberikan komen. Namun laman web Jabatan Negara menyenaraikan pelancongan bermotifkan kesihatan adalah dibenarkan.
AS bukan satu-satunya destinasi yang ditawarkan Thailand. Sebuah lagi agensi pelancongan, Udachi mengiklankan percutian 23 hari di Rusia untuk mendapatkan suntikan vaksin Sputnik V pada harga 210,000 baht (RM27,764).
Program imunisasi Thailand dijangka bemula Jun ini menggunakan vaksin AstraZeneca keluaran tempatan. – KOnline!
- BACA: GUNNER 50, FUN BIKE ANEH DARI THAILAND. RM8,900 SEUNIT, TOP SPEED 50KM/J SAHAJA
- BACA: HONDA CITY HATCHBACK DILANCARKAN DI THAILAND. 1.0 LITER TURBO. MASUK MALAYSIA TAHUN DEPAN?
- BACA: NISSAN HENTIKAN PRODUKSI TEANA, SYLPHY & X-TRAIL DI THAILAND. MAHU FOKUS MODEL LEBIH KECIL DAN ELEKTRIK
- BACA: PELANGGAN SERBU BILIK PAMERAN CHEVROLET DI THAILAND. HARGA CAPTIVA RM66.5K SAHAJA







