Artikel Pilihan

MACAM MANA NAK PINDAH NAMA KERETA BILA PEMILIK MENINGGAL?

Dalam dunia ini, ada 2 benda yang kita tak boleh lari. 1 kena bayar cukai dan kedua mati. Apabila meninggal dunia, semua urusan harta milik si mati perlu diuruskan dengan baik. Masalahnya ialah orang yang mati tak boleh tandatangan dan semua urusan perniagaan dibekukan

Jadi sebagai pewaris, samaada suka atau tidak wajib bagi kita menguruskan harta milik si mati dengan baik termasuklah kereta yang didaftarkan atas nama pemilik. Waris boleh memandu kereta tersebut tapi cukai jalan perlu diperbaharui setiap 6 bulan

Bank juga akan memberi masa kepada waris untuk menyelesaikan baki hutang yang ada dalam masa 3 tahun. Jadi nampak tak kepentingan autolife takaful / insurance di sini? Sebab sekiranya pemilik asal mengambil autolife takaful, maka waris layak mendapat kereta tersebut secara percuma

Contoh bayaran penuh

Jika tidak, selesaikan dulu hutang kereta dalam masa 3 tahun. Pada masa yang sama waris boleh membuat penilaian dari aspek keuntungan kewangan, yang mana lebih untung. Samaada tebus dari bank atau serahkan saja kereta tersebut pada bank untuk dilelong

Jadi ini langkah demi langkah yang perlu dibuat untuk menukar nama kereta si mati kepada nama waris

1. Selesaikan dulu hutang bank dengan segera jika waris memiliki wang tunai yang banyak. Atau Waris boleh menunggu sehingga 3 tahun untuk membuat pembayaran. Simpan resit pembayaran untuk urusan selanjutnya.

2. Bagi waris yang beragama islam, anda boleh merujuk kepada Mahkamah Syariah yang terdekat untuk mendapat surat kuasa dan juga sijil faraid. Anda perlu mengisi borang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah untuk permohonan

3. Semasa mengisi borang ini, anda perlu memberi salinan sijil kematian, salinan semua kad pengenalan waris, salinan surat beranak waris, sijil perkahwinan si mati, salinan geran kereta atau Maklumat Kenderaan jika kenderaan tiada geran atau hilang. Maklumat Kenderaan ini boleh diminta di JPJ.

4. Setelah siap 2 salinan dokumen Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ini, ia perlu diserahkan kepada Mahkamah untuk dibicarakan. Biasanya perbicaraan akan dibuat dalam masa 2 minggu selepas dokumen dihantar

5. Pihak mahkamah akan memanggil anda pada satu tarikh dan anda perlu datang untuk perbicaraan ringkas. Hakim Syarie akan membacakan tuntutan faraid anda dan membuat keputusan. Sijil Faraid akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh perbicaraan.

Contoh Sijil Faraid

6. Untuk menjimatkan masa, sementara menunggu sijil faraid dikeluarkan anda boleh membuat pemeriksaan puspakom dokumen B5. Sebab anda perlukan dokumen B5 ini semasa proses penukaran nama di JPJ. Caranya adalah seperti di SINI

7. Jika Mahkamah telah memaklumkan anda untuk mengambil Sijil Faraid, semasa ke Mahkamah minta pihak Mahkamah buat satu salinan Sijil tersebut dengan diakui sah oleh Mahkamah. Sebab, JPJ akan minta salinan ini nanti semasa proses penukaran nama dalm geran

8. Jika kereta yang dituntut tiada hutang bank, semua waris perlu berbincang samaada untuk menjual kereta tersebut kepada pihak ke tiga atau menjual kereta tersebut pada waris lain. Jika dijual pada waris lain dengan harga yang ditetapkan, waris yang membeli kereta perlu membayar wang mengikut pecahan dalam sijil kepada penama waris lain

Jika semua waris bersetuju untuk menjual kereta tersebut pada pihak ke 3, seorang waris akan dilantik sebagai pentadbir urusan jual beli. Hasil jualan akan dibahagikan mengikut salinan sijil faraidh.

Statutory Declaration

9. Sebelum proses penukaran nama dilakukan, pihak JPJ memerlukan semua waris menandatangani satu Statutory Declaration yang mengesahkan mereka bersetuju melantik seorang pentadbir di dari senarai waris sebagai pentadbir

SD ini wajib ditandatangani di depan hakim

10. Setelah semua waris menandatangi Statutory Declaration tersebut, pentadbir perlu membawa sijil faraid, salinan sijil faraid yang disahkan oleh mahkamah, salinan IC semua waris, borang maklumat kenderaan, Statutory Declaration, dan cukai jalan jika belum tamat untuk urusan menukar nama

11. Kos menukar nama ialah sekitar RM 100 sahaja. Anda juga perlu membeli polisi takaful baru di bawah nama anda semasa proses penukaran nama berlaku. Pada masa sama, anda juga perlu membayar cukai jalan baru dan geran baru akan dikeluarkan di atas nama pentadbir

Geran baru atas nama waris/pentadbir

12. Sekiranya pentadbir kereta dan waris lain bercadang untuk menjual kereta tersebut, kereta perlu melalui proses pemeriksaan Puspakom B5 sekali lagi atas nama pentadbir atau waris dan sekiranya pembeli menggunakan pinjaman, anda perlu buat B7

Kalau rasa malas nak hadap semua tu, jual saja pada Carsome dan Mytukar.

Google ads
Back to top button