Buletin

MAHU BELI KERETA PROTON DARI RUMAH? GO SHOP PUN BOLEH

Sedar atau tidak, proses pembelian kereta sekarang ini sudah berubah. Ada yang membeli tanpa ke bilik pameran atau bertemu langsung dengan jurujual sehinggalah kunci diserahkan kepada pengguna.

Email dokumen yang diperlukan, tandatangan di premis kewangan seterusnya kereta siap di hantar ke mana-mana lokasi yang dimahukan.

Ini pula kemudahan terbaru yang ditawarkan Go Shop dan Proton.

Mereka yang mahu mengetahui mengenai kenderaan Proton hanya perlu melayari pelbagai platform yang ditawarkan Go Shop seperti di kaca televisyen, telefon pintar dan platform online.

Kemudian daftar minat tersebut di platform yang disediakan. Pembelian boleh dilakukan hanya sambil berehat di atas sofa di rumah.

Kempen pembelian kenderaan Proton itu sebenarnya sudah pun dimulakan dan lebih menarik apabila Go Shop sudah menerima pendaftaran dari 300 individu yang berminat dengan Iriz dan Persona.

Sempena musim perayaan, Go Shop menawarkan pakej istimewa dengan setiap pembelian yang berjaya. Lebih menarik, pakej itu adalah tambahan kepada kempen Stay Safe & Save yang dijalankan Proton.

Berikut ialah tawaran istimewa dari Go Shop:

  • Kempen bermula dari 5 hingga 30 Jun 2017
  • Insurans dan cukai Jalan percuma selama setahun
  • Baucar hadiah elektronik bernilai RM200 dari Go Shop

Kempen Proton Stay Safe & Save juga menawarkan pakej belian menarik seperti berikut:

  • Lima tahun servis percuma atau 100,000 km termasuk peralatan dan kos upah
  • Lima tahun waranti
  • Bonus perayaan bernilai RM 500
  • Bonus Balik Kampung bernilai RM 500
  • Tambahan RM 1,000 bonus kesetiaan kepada pemilik kenderaan Proton

Proton Iriz yang ditawarkan baru sahaja menerima beberapa kemaskini seperti NVH yang lebih baik. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan dan struktur badan kukuh yang membolehkannya mencapai lima bintang ASEAN NCAP.

Proton Persona serba baharu dilancarkan tahun lepas dan diiktiraf sebagai kereta kompak terbaik dari CarSifu Editor’s Choice Awards 2016. Ia dilengkapi pelbagai ciri-ciri moden pada harga yang sangat menarik berbanding pesaingnya.

Mereka yang berminat dengan tawaran ini, boleh melayari pelbagai platform Go Shop untuk mendaftar dan ikuti langkah-langkah seterusnya.

Lagi artikel menarik mengenai Proton:

SUV INI AKAN JADI PRODUK PERTAMA HASIL USAHASAMA PROTON-GEELY

INI MODIFIKASI CARA KITA- PROTON WIRA EVO DENGAN GAYA MDM

Google ads
Back to top button