Buletin

ASTON MARTIN VANTAGE 2024 MENDARAT DI MALAYSIA – LEBIH AGRESIF, JANA 665PS, HARGA BERMULA RM2.37 JUTA

Aston Martin Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan Aston Martin Vantage generasi baharu, diberi tanda harga bermula RM2.37 juta.

Dari segi dimensi, Aston Martin Vantage generasi baharu mempunyai ukuran 1,275mm (tinggi), 2,124mm (lebar), 4,495mm (panjang) dan jarak roda diletakkan pada 2,705mm.

Dari segi penampilan, Vantage baharu ini didatangkan dengan gril baharu iaitu 30mm lebih lebar berbanding Vantage terdahulu serta dipadankan bersama lampu Matrix LED di bahagian hadapan, rim bersaiz 21-inci dan dibalut roda Michelin Pilot Sport S 5 baharu.

Bahagian belakang pula tampil dengan lampu belakang LED Vantage, bampar belakang yang lebih lebar berbanding pendahulunya serta dilengkapi empat ekzos.

Menjengah dalam kabin, ia dilengkapi sistem skrin infotainmen bersaiz 10.25-inci dengan kawalan multi-finger serta ketersambungan sokongan Apple Carplay tanpa wayar dan lebih menarik,Q by Aston Martin turut menawarkan perkhidmatan pemperibadian.

Vantage baharu juga didatangkan secara standard dengan sistem audio 11-pembesar suara, 390-watt, yang boleh dinaik taraf kepada 15-pembesar suara, 1,170-watt oleh Bowers dan Wilkins.

Secara mekanikal, jentera ini dijana oleh enjin 4.0 Liter V8 turbo berkembar, berupaya menghamburkan kuasa 665PS dan 800Nm, peningkatan 155PS dan 115Nm berbanding pendahulunya.

Nadi berkenaan dipadankan dengan transimisi automatik ZF lapan kelajuan, membolehkan daya pecutan 0-100kmj hanya dalam 3.4 saat, sementara kelajuan tertinggi dihadkan 325kmj.

Untuk makluman, jentera ini diberi lima mod pemanduan iaitu;

  • Wet
  • Sport
  • Sports Plus
  • Track
  • Individual

Ciri-ciri bantuan pemanduan terdapat pada Vantage baharu ini termasuklah Electric Park Brake, Dynamic Stability Control (DSC), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Emergency Brake Assist (EBA), Traction Control (PTC), Hydraulic Brake Assit (HBA), Positive Tourque Control (PTC) dan Dynamic Torque Vectoring (DTV).

Bagi ciri keselamtan, ia dilengkapi sistem ADAS merangkumi, Forward Collision Warning, Autonomous Emergency Braking, Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop & Go, Lane Departure Warning, Lane Keep Assist, Auto High Beam, Matrix Headlamps, Traffic Sign Recognition dan Blind Sport Monitoring.

Seperti dinyatakan di atas, Aston Martin Vantage baharu boleh dimiliki pada harga RM2.37 juta, tidak termasuk rangkaian pilihan atau penyesuaian.

GALERI:

Google ads
Back to top button