Buletin

TOYOTA DAN HINO NAK BUAT LORI ELEKTRIK GUNA SEL BAHAN API

Lori atau trak Tesla Semi telah berjaya menarik perhatian ramai mengenai potensi pengangkutan komersial yang dikuasakan tenaga elektrik. Menyaksikan sebuah lori besar bergerak tanpa mengeluarkan asap dan bunyi dari motor elektrik adalah satu yang mengujakan.

Dengan peningkatan minat terhadap lori elektrik tugas berat (heavy duty), Toyota Motor North America (TMNA) dan Hino USA telah bersepakat untuk sama-sama membangunkan trak elektrik fuel cell (FCET) Kelas 8 bagi pasaran Amerika Utara.

Kedua-dua syarikat akan memanfaatkan casis Hino XL Series yang baru dibangunkan dan teknologi sel bahan api (fuel cell) dari Toyota.

Kerjasama ini sebenarnya telah mempunyai asas dan dikembangkan dari usaha sedia ada bagi membangunkan trak FCET 25 tan untuk pasaran Jepun yang diumumkan pada awal tahun 2020.

Demonstrasi pertama kenderaan dijangka dapat dibuat pada setengah tahun pertama 2021.

Menurut Jurutera Eksekutif Kanan, Toyota Research and Development, Tak Yokoo, trak ini akan bergerak dengan senyap, lancar dan berkuasa serta tidak mengeluarkan apa-apa kecuali air.

Toyota sudah lama membangunkan teknologi sel bahan api dengan tempoh lebih 20 tahun. Hino pula memiliki pengalaman dalam lori tugas berat dan gabungan kedua-dua syarikat nampaknya bakal menghasilkan produk inovatif dan berkeupayaan.

Toyota sebenarnya telah mempunyai kenderaan sel bahan api iaitu sedan Mirai yang kini berada dalam generasi kedua. Mirai dikeluarkan pada tahun 2014 dan model terbaru diperkenalkan pada tahun 2019.

Agak menarik bagaimana Toyota akan mengaplikasikan teknologi sel bahan api pada sebuah lori untuk membawa bebanan yang berat dan besar. Lebih menarik apabila hanya air yang dikeluarkan!

BACA: BAGAIMANA BASF & TOYOTA BUAT? KERUSI SIENNA 30% LAGI RINGAN!

BACA: TOMMI MÄKINEN DILANTIK PENASIHAT PERMOTORAN TOYOTA!

BACA: PERINCIAN TOYOTA GR YARIS JDM – KECIL CILI PADI!

Google ads
Back to top button