Buletin

MARC MARQUEZ JUARA MOTOGP 2017, 6 KEJUARAAN PADA USIA 24 TAHUN!

Musim MotoGP penuh dengan drama apabila Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda terpaksa bertarung sehingga ke pusingan terakhir di litar Valencia untuk meraih kejuaraannya yang keenam dalam perlumbaan tertinggi sukan dua roda ini.

Pada musim ini, Marquez menghadapi persaingan sengit dari rakan senegaranya Maverick Viñales dan juga penunggang dari Itali, Andrea Dovizioso sebelum memperolehi kejuaraan dunia MotoGP keempatnya di Valencia pada usia 24 tahun.

Marc Marquez. Kredit: Gold dan Goose / Red Bull Content Pool

Marquez dan Dovizioso bertarung untuk kejuaraan dunia pada pusingan terakhir di Valencia dengan pelbagai insiden. Pada awal pusingan menyaksikan beberapa pelumba bertukar kedudukan dengan Marquez berada di tempat kedua di belakang Johann Zarco sementara Dovizioso menghambat dari belakang.

Marquez akhirnya berjaya memintas Zarco dan berada berada di hadapan untuk beberapa seketika sebelum tersasar dari trek dan ketinggalan beberapa kedudukan. 

Peluang Dovizioso nampak terbuka dan perlumbaan menjadi lebih mengujakan sebelum beliau terbabas keluar dari trek dan terus ke pit seterusnya menggembirakan pasukan Repsol Honda.

Dani Pedrosa. Kredit: Gold dan Goose / Red Bull Content Pool

Marquez terus mengejar ke tempat ketiga dan sementara itu Dani Pedrosa berjaya memintas Zarco pada pusingan terus dan melepasi bendera penamat sebagai juara MotoGP Valencia. 

Dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, Marquez dinobatkan sebagai juara MotoGP 2017 dan pelumba termuda memenangi enam kejuaraan!

Marc Marquez. Kredit: Gold dan Goose / Red Bull Content Pool

Berikut ialah fakta tentang Marc Marquez: 

  • Umur: 24
  • Warganegara: Sepanyol
  • Tempat Lahir: Cervera
  • Juara Dunia 125cc 2010
  • Juara Dunia Moto2 2012
  • Debut MotoGP: 2013
  • Pasukan MotoGP: Repsol Honda
  • Tempat ketiga dalam perlumbaan MotoGP pada 2013 Qatar Grand Prix
  • Gelaran MotoGP pertama: 2013 dengan enam kemenangan dan 334 mata
  • Juara dunia MotoGP: 4
  • Kemenangan MotoGP: 35
  • Podium MotoGP: 63
Google ads
Back to top button