BuletinMotosikal

MARC MARQUEZ UNGGUL DI MOTOGP ARAGON. DOVI KECEWA BIARPUN DAHULUI PERLUMBAAN

MotoGP Aragon yang berlangsung semalam adalah satu perlumbaan yang sengit dalam kalendar musim ini. Dimulai dengan insiden kemalangan Lorenzo, pertembungan satu lawan satu Marquez dan Dovizioso serta kemunculan kembar Suzuki mengekori rapat kelompok pertama yang mengejutkan.

Sebaik pelumba dilepaskan, Lorenzo memecut kedepan diikuti Andrea Dovizioso dan Marc Marquez. Perlumbaan ini juga menyaksikan Marquez menggunakan tayar belakang jenis “soft”, memecut untuk memasuki selekoh pertama di litar rata ini.

Lorenzo yang gagal mengawal motosikalnya terbabas di selekoh T1. Kedudukan beliau diambilalih oleh Dovizioso yang memimpin Marquez dan Iannone.

Pada pusingan ke dua, Dovizioso masih mendahului perlumbaan pada jarak 0.2 saat, Marquez di tempat keda dan Alex Rins mengekori d i tempat ketiga. Pada pusingan keempat pula, dani Pedrosa mula merapatkan posisi ke kelompok hadapan.

Pada pusingan ke lima, Cal Crutchlow kemalangan. Kedudukan kekal sehingga ke lap ke 12 di mana Dovi mula menjarakkan kedudukan dengan Marquez selebar 0.6 saat.

Bermula pada lap ke 14, aksi dramatik pintas memintas antara Dovi dan Marquez dan sehingga ke lap ke 16, Dovi masih lagi unggul di depan.

17, lap 18 dan pada lap ke 21, Marquez sekali lagi berjaya memintas Dovi, namun hanya beberapa detik kemudia, Dovi merampas semula kedudukan pertama.

Pertarungan semakin sengit sehingga dua lap terakhir, Marc Marquez mendapat sedikit ruang apabila Dovizioso mengambil selekoh terlalu lebar. Dovi yang telah mengerah penggunaan tayar maksimum pada 20 lap pertama mula ketinggalan di belakang Marquez.

Marquez menghabiskan perlumbaan sekali lagi di podium pertama dan ternyata cukup gembira dengan pusingan Aragon dan mendakwa ia perlumbaan yang sengit dan mengujakan.

 

 

 

Google ads
Back to top button