Buletin

SUPER RARE? BUKAN, INI ULTRA RARE: ROSSION Q1R

Rossion Automotif adalah pembuat kereta sport Amerika yang dapat memperolehi hak untuk jenama Noble M400 pada tahun 2007. Dengan pengambilalihan ini, Rossion telah merekabentuk kereta sport enjin tengah yang dikenali dengan nama Q1.

Rupa-rupanya, Rossion membuat tiga lagi versi Q1, yang dipanggil Q1R, dan hanya satu daripadanya yang direkabentk dengan kemasan badan gentian karbon. Itu sahaj menjadikan Q1R adalah salah satu kereta paling jarangditemui di muka bumi.

Kerana ia adalah kereta yang dicipta untuk trek perlumbaan, Q1R mempunyai sangkar perlumbaan penuh, kerusi bucket penuh Sparco, dan talipinggang keselematan lima titikOMP . Q1R ini dibina dengan badan gentian karbon yang bukan sahaja kelihatan sangat eksklusif malah menurunkan berat badan secara drastik dan itu bermakna penjimatan masa bagi setiap pusingan di litar.

Kuasa dari Rossion Q1R ini datangnya dari enjin turbocharged Ford 2.0-liter EcoBoost empat selidner (ya, enjin yang sama didapati di Mustang EcoBoost) yang menghasilkan 287 kuda ke roda belakang melalui transmisi manual enam kelajuan dengan LSD.

Sistem suspensinya datang dengan penyeraphentakKoni yang boleh dilaraskan dua tahap dan dilengkapi dengan pegas gegelung H&R. Ia dilengkapi dengan roda forged 18-inci dan dipasangkan dengan tayar Toyo Proxes R888 . Kaliper brek Wilwood dan slotted rotors dipertanggungjawabkan untuk sektor pemberhentian.

KREDIT: BULLET MOTORSPORT

GALERI

Google ads
Back to top button