Buletin

PERODUA PROGANTI: KUALITI MANTAP, HARGA BERPATUTAN



Menjadi lumrah pengguna apabila membeli sebuah kereta baru, perkara pertama yang akan dilakukan ialah menyertai kelab kereta secara fizikal atau forum model kereta di laman sosial. Ia bertujuan mengeratkan silatulrahim selain berkongsi pendapat, masalah, solusi dan juga aktiviti yang boleh dilakukan bersama.

Ia akan kelihatan amat bermanfaat pada mulanya sehinggalah ada beberapa ahli kelab mula bertanyakan soalan lazim yang boleh dijawab sekiranya beliau rajin membaca “Owners Manual”.

Soalan seperti jenama minyak pilihan terbaik, pelapik brek paling bagus dan pelbagai soalan berkaitan dengan alat ganti akan terus menghujani laman sosial. Maka muncul beberapa pakar tidak bertauliah (penjual) yang akan mencadangkan pelbagai jenama minyak pelincir dan alat ganti yang diragui ketulenannya.

Adalah lebih mudah sekiranya pemilik menghantar kereta mereka terus ke cawangan pusat servis atau wakil 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) yang bertauliah dan berjumpa dengan penasihat servis.

Sambil menunggu kereta anda diservis, molek rasanya jika anda duduk berehat di bilik berhawa dingin sambil menikmati nasi lemak serta kopi yang disediakan. Makanlah sepuas-puasnya nasi lemak tersebut dan tiada siapa yang marah asalkan jangan bawa balik ke rumah ye.

Namun pengguna biasa dimomokkan dengan pelbagai cerita mendakwa kos servis di pusat servis bertauliah adalah mahal. Namun jangan risau kerana kos servis kereta jenama Perodua boleh disemak di atas talian di pautan ini.

Hanya masukkan model dan varian kereta anda serta jarak perbatuan kereta anda. Ia akan memaparkan cadangan menu servis terbaik bagi kenderaan Perodua anda.

Malah Perodua turut melancarkan siri alat ganti mampu milik jenama sendiri iaitu ProGanti pada harga yang cukup murah, lengkap dengan jaminan pengeluar selama 6 bulan.

Jika dibandingkan dengan alat ganti tulen, ternyata alat ganti jenama ProGanti merupakan alternatif yang lebih murah dengan jaminan kualiti daripada Perodua. Alat ganti ini merangkumi:

Komponen Servis Enjin dan Transmisi:

1. Pelapik brek

2. Tali sawat jenis V

3. Penapis Udara (enjin)

4. Kit servis klac

5. Cakera Brek

Komponen Servis Penyaman Udara:

1. Penapis “receiver dryer”

2. Klac Magnet

3. Komponen Peruap (Evaporator)

4. Kondenser

Komponen Penyejukan Enjin:

1. Motor Kipas

2. Radiator

11 komponen utama ini telah diperkenalkan dalam barisan komponen alat ganti ProGanti dengan harga yang kompetitif, bersama jaminan kualiti Perodua selama 6 bulan, dengan menurunkan kos pemilikan kenderaan Perodua serta menjadikan pengalaman pemilikan kereta Perodua lebih praktikal mengikut kemampuan.

ProGanti vs Komponen Tiruan

Mungkin ada pembaca ingin mengetahui perbezaan alat ganti yang dipasarkan dari jenama ProGanti dengan jenama tiruan dan menggunakan logo Perodua. ProGanti merupakan alat ganti REM (Replacement Equipment Manufacturer) yang dijual oleh Perodua untuk kegunaan cawangan pusat servis dan pusat servis bertauliah.

Komponen ProGanti dihasilkan oleh pembekal, dipasarkan oleh Perodua dan dipasang pada kenderaan Perodua ketika melakukan servis. Namun spesifikasi komponen tersebut masih lagi sama dan dikawal selia oleh Perodua secara terus dengan harga yang lebih mesra pengguna.

Sebagai salah satu jenama automotif terkemuka, Perodua telah diiktiraf oleh SIRIM sebagai sebuah badan korporat yang mengaplikasikan standard International Standard Organisation (ISO) 9001 dengan mematuhi semakan 2015. Malah Perodua bertindak lebih jauh dengan memastikan pembekal dan vendor komponen kenderaan Perodua mematuhi standard ISO/TS16949

TS16949 merupakan satu spesifikasi teknikal yang fokus pada pembangunan pengurusan kualiti sistem dan menyediakan platform pembangunan komponen automotif berterusan, penekanan pada menghalang kecacatan produk sampai pada pengguna dan pengurangan pembaziran dalam rantaian pembekalan industri automotif.

Jadi pengguna tidak perlu risau dengan kualiti alat ganti kenderaan jenama ProGanti daripada Perodua.

Tidak ada gunanya jika anda hendak berjimat seringgit dua tetapi rugi beribu-ribu ringgit kemudian hari apabila kereta anda tersadai di tepi jalan disebabkan penggunaan alat ganti palsu dan minyak enjin tidak berkualiti.

Tags
Google ads
Back to top button