" "
Motosikal

VINALES TEMPAH TEMPAT PERTAMA DI MISANO. MARQUEZ DAN ROSSI MULAKAN PERLUMBAAN DI POSISI KE-5 & KE-7

Selepas tamat sesi kelayakan, ini adalah senarai kedudukan pelumba untuk saingan MotoGP di Litar Misano malam ini. 

Pelumba pasukan Monster Yamaha, Maverick Vinales akan mengetuai perlumbaan di kedudukan nombor 1. 

Beliau akan dicabar oleh Pol Espargaro daripada pasukan Red Bull KTM Factory di tempat kedua. Ini merupakan keputusan kelayakan terbaik pernah dicatat oleh kem KTM dalam MotoGP setakat ini. 

Pasangan pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartataro dan Franco Morbidelli tampil meyakinkan apabila mereka menempah tempat di posisi ketiga dan keempat.  

Drama yang berlaku di antara juara dunia yang juga pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dengan musuh ketatnya, Valentino Rossi membuatkan mereka terpaksa berpuas hati untuk berada di tempat kelima dan ketujuh. Mujur mereka berdua tidak dikenakan sebarang tindakan daripada pihak FIM. 

Jika Andrea Divizioso di tempat keenam, Alex Rins daripada pasukan Suzuki Ecstar yang cemerlang memintas Marquez pada saat-saat akhir di Litar Silverstone hanya berada di kedudukan kesembilan, diikuti oleh rakan sepasukan, Joan Mir di posisi ke-10. 

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin dilihat masih bergelut dengan prestasi apabila hanya mampu memulakan perlumbaan di grid ke 20. 

Berikut adalah senarai penuh keputusan kelayakan akhir di Litar Misano 2019:

Google ads
Back to top button