Buletin

VODAFONE RALLY DE PORTUGAL BERJAYA RAIH 800,000 PEMINAT UNTUK HADIR

Pusingan kelima ,kalendar FIA World Rally Championship (WRC) di Vodafone Rally De Portugal berjaya meraih kehadiran sejumlah 800,000 peminat untuk hadir menyaksikan perlumbaan tersebut sama di laluan peringkat perlumbaan mahu pun di kawasan Service Park.

Beberapa tokoh terkemuka dalam perlumbaan WRC, termasuklah legenda Group B, Michèle Mouton, percaya bahawa perlumbaan rali tahun ini menarik lebih ramai penonton berbanding sebelum ini.

Service Park yang terletak di bandar pesisir pantai Matosinhos merupakan lokasi aktiviti yang cukup sibuk sepanjang minggu termasuk juga, Special Stages yang melewati beberapa kawasan majlis bandaran yang menyebabkan ianya menjadi lebih tumpuan peminat. Malah, sekolah tempatan juga terpaksa ditutup bagi membolehkan para pelajar turut sama menyaksikan perlumbaan rali tersebut. Budak – budak mesti suka sekolah tutup kan.

Malah Michèle Mouton, yang menggalas tugas sebagai delegasi keselamatan FIA, turut berasa kagum dengan peminat yang bersemangat di peringkat Fafe pada hari Ahad, yang menampilkan lompatan Pedra Santada yang terkenal dan lagenda.

Menurut beliau lagi, jumlah penonton yang berkumpul di Fafe untuk menyaksikan lompatan tersebut cukup ramai berbanding kehadiran penonton tahun sebelumnya di Rally De Portugal. “Orang ramai di kedua-dua belah lompatan ikonik sebelum penamat benar-benar mengagumkan. Lazimnya, kami menjangkakan kira-kira 100,000 penonton untuk 11 kilometer itu, tetapi nampaknya lebih ramai lagi tahun ini”, ujar Michèle Mouton.

Turut bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Michèle Mouton itu adalah Prinsipal Pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latala yang memberitahu secara berseloroh bahawa beliau seperti seorang Bintang Lama apabila turut dikerumi peminat.

Ternyata penganjuran acara Vodafone Rally de Portugal ini merupakan sebagai salah satu acara sukan terbesar di negara ini, dan paling penting ianya telah menyuntik lebih daripada 60 juta Euro ke dalam ekonomi negara secara tidak langsung. Siapa kata hanya hiburan sahaja boleh menjana keuntungan kepada negara?

BACA : WRC 2021 – ELFYN EVANS MELOMPAT LEBIH TINGGI DI RALLY DE PORTUGAL

BACA : WRC 2 – GUS GREENSMITH BERJAYA MEMINTAS OLIVER SOLBERG UNTUK MENANG DI PORTUGAL

Google ads

B K

Back to top button