
SYARIKAT CHINA SHINERAY TIRU SEBIJIK ENJIN EVOLUTION HARLEY-DAVIDSON
Enjin Evolution V-Twin telah digunakan oleh Harley-Davidson untuk model Sportster sejak tahun 1986 lagi. Bermula dari saat itu, enjin tersebut memang terkenal dengan ketahanan dan keringkasan binaannya. Sebab itulah Harley-Davidson terus menggunakan enjin V-Twin tersebut pada Sportster.
Namun, Sportster S 2021 hadir dengan enjin Revolution Max 1250T kerana tekanan daripada garis panduan emisi Euro 5. Di Amerika Syarikat, enjin Evolution masih digunakan pada model Sportster 883 dan Forty-Eight. Harley-Davidson masih mahu menggunakan khidmat enjin berkenaan selepas 36 tahun.
Populariti dan keistimewaan enjin itu membuatkannya menjadi mangsa plagiat oleh jenama dari China yang dikenali sebagai Shineray. Syarikat berkenaan bukan sahaja mengambil seni bina enjin v-twin 45 darjah itu, malah enjin baharu bersesaran 1,200 itu juga meniru kebanyakan aspek kosmetik enjin Evolution.

Ia dapat dilihat dengan jelas pada sirip penyejukan, pelindung lower rocker, penutup pushrod berwarna krom hinggalah lokasi penapis minyak. Senang cakap, ia merupakan klon kepada enjin asal Harley-Davidson.
Kerja meniru itu bukan setakat rupa luaran sahaja. Malah ia melibatkan pergerakan empat camshaft yang menggerakkan satu injap setiap satu. Tetapi Shineray gagal meniru prestasi enjin Evolution. Syarikat itu memberitahu enjin tersebut hanya mampu menghasilkan 60hp dan tork 90Nm dengan nisbah mampatan 9.1:1.
Sebagai perbandinganm enjin Evo 1,200cc yang dipasang pada model Forty-Eight mampu menjana 67hp dan tork 99Nm bersama nisbah mampatan 10:1.
Shineray sebelum ini membeli firma Itali SWM dan menawarkan enjin bersesaran 350cc, 550cc, 850cc dan 1200cc v-twin dengan sistem penyejukan cecair menggunakan jenama SWM.
- BACA: KLON RANGE ROVER ADA INTERIOR LEBIH CANTIK BERBANDING MODEL ORIGINAL
- BACA: DAYANG ADV 150. KLON HONDA ADV 150, ADA KAMERA DEPAN BELAKANG, RM8,000 SEUNIT
- BACA: KLON YAMAHA R1. 4 PILIHAN ENJIN, NAMA IKUT PENGEDAR NAK LETAK APA, BAKAL DIPASARKAN KE SELURUH DUNIA
- BACA: SINDIKET GUNA PLATFORM MEDIA SOSIAL JUAL KERETA KLON. HARGA TAK MASUK AKAL BAWAH RM20,000







