![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2022/04/Niutron-NV-Mekanika1.jpg)
NIUTRON NV – SUV ELEKTRIK BAHARU JUGA DARI CHINA
Semakin meriah nampaknya dunia automotif negara China apabila semakin banyak model baharu yang diperkenalkan dalam pasaran. Terkini, model Niutron NV, sebuah SUV elektrik turut bakal diperkenalkan kepada pengguna di sana.
Jenama Niutron ini sememangnya sebuah jenama / pembuat kenderaan yang baharu di China. Niutron ini sebenarnya dipunyai oleh Niu Technologies, sebuah pengeluar skuter elektrik yang berpusat di Changzhou. Pengeluar ini dimiliki oleh Yan Li, seorang billionir yang terkemuka serta pernah menyertai syarikat Baidu sebelum ini.
Niutron ini beroperasi dengan kilang pengeluaran yang terletak di Changzhou, Jiangsu dengan keluasan kilang meliputi 770,000 meter persegi. Kilang ini mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 180,000 unit setahun.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2022/04/Niutron-NV-Mekanika2.jpg)
Niutron NV ini merupakan model debut buat pengeluar ini dengan menyasarkan golongan muda yang inginkan model kenderaan gaya SUV yang cukup digemari masa kini. SUV bersaiz sederhana ini.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai trenkuasa / sistem bateri yang dimaklumkan kepada umum. Dengarnya selain daripada penggunaan elektrik sepenuhnya, satu lagi varian hibrid bersama penggunaan enjin berkuasa 1.5 liter turut dijangka ditawarkan.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2022/04/Niutron-NV-Mekanika4.jpg)
Cumanya hasil semakan di alam maya, dikhabarkan Niutron ini mampu bergerak dari titik 0 ke 100 km/j dalam tempoh masa 5.9 saat. Nampak macam tak berapa laju. Tapi jangan lupa, ini adalah sebuah SUV yang agar besar juga, mengambil kira jarak roda yang agak panjang juga, 2910 mm. Paling penting, dikatakan juga Niutron NV ini mempunyai jarak pemanduan yang agak jauh juga.
Ruangan kabin Niutron NV ini menampilkan tema kabin berwarna putih yang cukup elegan. Tempat duduk selain dilengkapi dengan fungsi sistem pengudaraan, turut dipasang dengan fungsi urut bagi kenyamanan penumpang. Paling menyerlah adalah sistem infohiburan bersaiz panggung wayang untuk sebuah kereta di bahagian tengah. Puas hati kalau nak tengok Waze.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2022/04/Niutron-NV-Mekanika.jpg)
Khabarnya juga Niutron NV ini turut bakal dilengkapi dengan ciri canggih masakini seperti adaptive cruise control, lane change assist serta fungsi parkir automatik sepenuhnya.
Kalau ikutkan rekaan, sepatutnya ianya mampu menawan hati pembeli di sana. Rekaannya lebih bersifat universal dan tidak terlalu ke-China-an. Malah kalau dilihat, ianya juga mempunyai ruangan kargo yang cukup luas di bahagian belakang. Memang boleh tempah ni.
BACA : VOLKSWAGEN ID.6 – SUV ELEKTRIK YANG LAWA UNTUK PASARAN CHINA
BACA : SUBARU SOLTERRA – SUV ELEKTRIK PERTAMA DARIPADA SUBARU