Motosikal

KTM MULA PRODUKSI 790 DUKE & 790 ADVENTURE DI FILIPINA

Pada Hari Kemerdekaan Filipina, KTM mengumumkan bahawa ia akan memulakan produksi model KTM 790 DUKE dan KTM 790 ADVENTURE di kilangnya di sana.

Langkah itu dilihat akan merancakkan lagi pertumbuhan pengeluar motosikal terbesar eropah tersebut di pasaran Filipina dan rantau ASEAN yang mencatat jualan tahunan 13 juta unit.  

Pada tahun 2017, KTM telah menjalin kerjasama dengan Ayala Corporation di Manila. Selain bertindak sebagai pengedar motosikal KTM, Ayala juga bertanggungjawab dalam menghasilkan model 200 Duke, 390 Duke, RC 200 and RC 390.

Rangkaian jentera itu dikembangkan lagi berikutan kejayaan model yang dilengkapi enjin 800cc parallel twin. Ia menjadi model motosikal paling besar pernah dihasilkan di Filipina.

KTM 790 DUKE dikenali sebagai THE SCALPEL kerana nisbah berat kuasa, pengendalian dan prestasinya yang terbaik.

KTM 790 ADVENTURE pula sebuah jentera adventure yang menawarkan keupayaan luar biada dan disasarkan untuk segmen 800 hingga 1,000cc.

Tahun lalu, KTM AG mencatatkan jualan lebih 280,000 unit motosikal. Angka itu mengatasi jualan gabungan model BMW, Ducati dan Triumph. Ini merupakan peningkatan 7 peratus berbanding tahun 2018.

Dengan kerjasama yang semakin mantap dengan Bajaj di India dan Ayala, KTM AG mensasarkan untuk menjual 400,000 unit motosikal menjelang tahun 2022.

Tags
Google ads
Back to top button