
MASERATI GRECALE TRIBUTO II BRUCIATO – SEBUAH MODEL ISTIMEWA DENGAN LAYANGAN CAT YANG LAWA
Maserati dan Marchesi Antinori telah memperkenalkan Grecale Tributo Il Bruciato, sebuah lambang kepakaran Itali, hasil daripada pengalaman khusus program pemperibadian Maserati Fuoriserie.
Penghasilan Grecale Tributo Il Bruciato yang cukup terhad dan pastinya menjadi idaman ini menggabungkan dua ikon kepakaran yang terkenal di Itali, dengan pertamanya memaparkan keindahan tentang Bolgheri, sebuah pantai terletak di Tuscan. Dan satu lagi adalah Bruciato sebuah lambang minuman bukan lembut yang kononnya yang melambangkan keperibadian serta semangat keyakinan diri.

Direka dan dicipta dengan kerjasama Marchesi Antinori, salah satu keluarga pembuat minuman bukan lembut tertua dan paling berprestij di dunia katanya, Grecale Tributo Il Bruciato melambangkan pertemuan antara dinamisme elegan House of the Trident dan watak penentu minuman bukan lembut Bruciato, yang dihasilkan di tengah-tengah Bolgheri.
Maserati cuba untuk membayangkan daripada warna badan dan seterusnya, reka bentuk diilhamkan oleh alam semula jadi dan musim menuai anggur. Kerja badan datang dalam naungan Alchimia Scarlatta, mengingatkan minuman tersebut merah pekat yang bergerak dalam gelas, Haih simbolik sangat.
Selain daripada itu, cat model ini mempunyai asas burgundy dengan dua nota atas: satu emas tembaga dan satu lagi raspberi gelap, sekali gus untuk mencipta nuansa yang mendalam. Akibatnya, dari perspektif yang berbeza kereta itu hampir kelihatan dicat dengan warna yang berbeza.

Melengkapkan bahagian luaran ialah roda aloi Pegaso Forgiati atau Crio Fuoriserie 21″, kedua-duanya dengan rim bersaiz besar di bahagian belakang untuk estetik yang lebih berotot dan cengkaman yang lebih baik.
Bahagian dalamannya menampilkan balutan kulit upholsteri berwarna merah gelap dengan kemasan tenunan berusuk serta terdapat logo pada baahgian tempat letak kepala.
Sistem audio premium Sonus faber dengan 14 pembesar suara ditambah dengan bumbung suria panorama menambahkan ciri premium terhadap model yang eksklusif ini.

Trenkuasa Maserati Grecale dengan enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan output maksimum 325 HP masih lagi dikekalkan.
Walau pun tiada lagi pengumuman secara rasmi tentang berapakah jumlah unit yang akan dihasilkan, peminat Maserati pastinya akan menantikan bila dan berapakah harga jualannya kelak.
BACA : MASERATI AKAN SEDIAKAN SAFETY CAR UNTUK SIRI GT WORLD CHALLENGE EUROPE



