Motosikal

RIM MOTOSIKAL MAXFLY X7 HOLLOW

Daytona Sport Sdn Bhd (Daytona Sport), pengedar sport rim motosikal jenama Maxfly di pasaran tempatan memperkenalkan rim sport baharu, X7 Hollow.

IMG_4492

Maxfly X7 Hollow dipasarkan bagi segmen kapcai dengan tawaran saiz 17 inci. Pada peringkat awal, Daytona Sport mengeluarkan roda kapcai dengan bingkai bersaiz 1.60 pada roda hadapan. Sementara  2.15 pada roda bahagian belakang.

H7 Hollow didatangkan dengan rekaan 14 jejari yang disilang secara “X” kepada tujuh bahagian. Rekaan itu bertujuan menambahkan kekuatan dan kestabilan. Di samping membuatkannya lebih menarik. Bahagian aluminium yang tidak penting dikeluarkan untuk mendapatkan berat sesuai.

Rim sport Maxfly X7 Hollow hadir dalam tujuh warna iaitu hitam, putih, merah, biru, dan kelabu. Harga jualan produk tersebut ialah RM350 sepasang. Anda kini boleh membelinya di pasaran.

Maxfly X7 Hollow mendapat pengiktirafan piawaian roda aloi ringan Jepun (Light Alloy Wheels – JWL). Bagi memastikan ketulenan rim berkenaan,  logo JWL diletakkan pada bahagian roda.

Setiap roda yang dikeluarkan dengan piawaian JWL dibina menggunakan teknologi rawatan logam supaya ia tahan lasak, tidak rapuh dan tidak mudah bengkok. Selain itu, penggunaan rim sport ini membolehkan anda menunggang dengan lebih stabil dan selamat.

Untuk informasi lanjut, kunjungi laman sosial Facebook Maxis Daytonsport.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button