BuletinModifikasi

TRAK PIKAP LIMO TOYOTA TUNDRASINE

Mungkin sudah bosan dengan penampilan trak pikap biasa, Toyota mengejutkan pengunjung acara pameran jentera custom terkenal di Amerika Syarikat, Specialty Equipment Market Association (SEMA2015) menerusi jentera Toyota Tundrasine Concept.

SEMA-2015-Toyota-Tundrasine-mekanika (1)

Dibina berasaskan kepada trak Tundra 1794 Edition 4×4 CrewMax yang dijana oleh enjin 5.7L V8. Sebagaimana yang anda boleh lihat, Toyota telah melakukan transformasi dengan menjadikannya sebuah limosin.

SEMA-2015-Toyota-Tundrasine-mekanika (6)

Limosin unik ini memiliki tapak roda sepanjang 235.9 inci. Bahagian luarannya dicat dengan warna hitam metalik. Sementara lapan buah pintu itu menjemput penumpang untuk menikmati ruang kabin mewah seperti sebuah jet peribadi.

SEMA-2015-Toyota-Tundrasine-mekanika (2)

“Peserta SEMA sentiasa tampil dengan kenderaan yang ektrem. Justeru, Toyota membawa perkataan ekstrem ke satu tahap baharu dengan Tundrasine.

SEMA-2015-Toyota-Tundrasine-mekanika (4)

“Orang mungkin biasa melihat limosin, tetapi bukan seperti Tundrasine,”  kata Pengurus Pemasaran Kebangsaan Toyota Motor Sales USA, Steve Appelbaum.

Google ads
Back to top button