Modifikasi

PERODUA VIVA MIRA AVY RS

Perodua Viva ini sebenarnya adalah sebuah kereta yang kecil dan unik. Ia mewarisi gen daripada Perodua Kancil yang terlebih dahulu menjengah pasaran awal era 1990-an.

perodua-viva-Mira-AVY-RS-mekanika (2)

Kalau nak main kereta kecil macam Perodua Viva, modal yang besar harus dipertaruhkan. Betul, main JDM boleh habis duit gaji,  ASB dan Tabung Haji. Silap hari bulan, ansuran dengan bank pun gantung dua tiga bulan.

Pemilik Perodua Viva atau Daihatsu Mira Avy RS ini ialah Muzhaffar sahaja. Sekali pandang, memang jelas Perodua Viva ini  telah pun kelihatan sangat JDM.

perodua-viva-Mira-AVY-RS-mekanika (5)

Semua bodypart asal telah pun digantikan dengan Mira Avy RS yang cukup menarik berbanding bodypart asal yang agak feminin.  Cuma bodypart Viva Elite sahaja saya rasa sedikit macho.

Bodypart Avy RS lengkap depan belakang yang nilainya bersamaan dengan gaji seorang kerani bank ini  telah pun selamat disalin sepenuhnya. Lengkap selengkapnya. Jenis hati kental apabila berdepan dengan abam JPJ.

perodua-viva-Mira-AVY-RS-mekanika (3)

Rim Enkei RPF1 bersaiz 15 inci digunakan untuk kelihatan sedikit low profile dari jauh. Warna perak dari kilang bagaimanapun dikekalkan. Manakala RSR Magic Exhaust dipasang bagi menimbulkan sedikit mood garang.

Kalau penampilan luaran boleh dikira lengkap, bahagian kabin juga tidak kurang hebatnya. Tempat duduk asal keluaran Perodua yang  masih lagi elok lagi  diganti dengan kerusi milik Daihatsu yang hadir bersama perehat tangan untuk pemandu.

perodua-viva-Mira-AVY-RS-mekanika (7)

Keselesaan ditambah dengan stereng Momo wallnut yang harganya lebih mahal daripada harga ansuran bulanan Perodua Viva. Sebuah tnong sampah khas juga ada dipasang di dalam Mira Avy ini. Mood JDM Viva ini diserlahkan lagi dengan side step original.

perodua-viva-Mira-AVY-RS-mekanika (9)

Muzhaffar memilih pemain cakera padat digital dipasang bersama unit-unit pembesar suara Carrozeria. Lengkap sudah bahagian luar dan dalam.

perodua-viva-Mira-AVY-RS-mekanika (12)

Ketika saya  menjenguk bahagian enjin, dengan pantas pemiliknya memberitahu  tiada sebarang proses ubah suai dilakukan. Enjin asal bersesaran 1,000cc dengan sistem DVVT itu masih dikekalkan agar lebih praktikal untuk kegunaan setiap hari.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button