Artikel Pilihan

MAZDA 3 2023, LEBIH BERKUASA DAN EFISYEN. TAPI UNTUK AMERIKA SAJA

Mazda USA telah memperkenalkan Mazda 3 untuk tahun 2023 dengan enjin yang lebih berkuasa dan efisyen khas untuk pasaran mereka. Enjin aspirasi normal 2500cc SkyActiv-G kini berupaya menjana sekitar 191 kuasa kuda dan 252Nm tork

Walaupun kuasanya telah meningkat sehingga 5 kuasa kuda, ia masih mengekalkan penggunaan petrol biasa bukannya petrol premium bagi pasaran Amerika. Enjin ini juga dilengkapkan dengan ciri nyahaktif silinder yang akan digunakan sewaktu pemanduan santai.

Ini menjadikan Mazda 3 berupaya memberikan bacaan purata penggunaan petrol menjadi 12km/liter bagi laluan bandar, 15.7km/liter bagi laluan lebuhraya dan purata 13.2 bagi kedua-duanya mengikut ujian protokol EPA. Angka ini akan menjadi lebih baik jika diukur dengan format WLTP atau jika anda memandu secara berhemah.

Bagi varian premium S, ia akan datang dengan pilihan ciri pacuan semua roda yang digabungkan dengan transmisi 6 kelajuan automatik. Varian turbo pula juga turut ditawarkan tapi hanya untuk varian Hatchback yang menjana sehingga 250 kuasa kuda dan 433Nm tork dari enjin 2500cc SkyActiv Turbo tapi mesti menggunakan petrol premium

Mazda 3 2023 dijual dengan harga permulaan 22,550 USD (RM 100,800) bagi varian termurah sehinggalah 35,300USD (RM 158,000) bagi varian Hatchback 2.5 Turbo Premium Plus

Google ads
Back to top button