Buletin

HONDA CR-V KEKAL RELEVAN. KINI HADIR DENGAN WARNA BAHARU YANG LEBIH MENGANCAM

COVID-19 sebenarnya banyak mengganggu dan menjejaskan perancangan hidup kita, apatah lagi perancangan syarikat automotif terkemuka di dunia.

Namun di sebalik kepayahan dan kesusahan yang timbul, Honda Malaysia terus melangkah dengan memperkenalkan SUV popular iaitu CR-V generasi kelima yang telah ditambah baik (facelift) pada penghujung tahun 2020.  

Bagi membuatkan jentera itu terus terus dapat menarik perhatian pengguna, CR-V kini hadir dengan dua warna baharu yagng lebih menarik iaitu merah (Ignite Red Metallic) dan kelabu metalik (Meteoroid Gray Metallic). 

Walaupun telah lama berada di pasaran, CR-V kekal relevan kerana ciri-ciri yang diperkenalkan dulu baru sahaja ditawarkan oleh SUV jenama lain.

Antara kekuatan utama CR-V ialah penawaran harga yang sangat berbaloi dengan saiznya yang besar dan ruang kargo seluas 522 liter. CR-V dipakejkan dengan lengkap sebagai sebuah kenderaan untuk keluarga atau bagi kegunaan perjalanan jarak jauh yang selesa.

Jika anda inginkan kuasa tambahan, pilihan enjin 1.5 VTEC Turbo adalah lebih tepat kerana ia mampu menawarkan purata penggunaan bahan api 6.7 liter bagi setiap 100km. Ini adalah satu angka yang menakjubkan memandangkan berat CR-V melebihi 1,500kg.

Walaupun hanya bersesaran 1,500cc, enjin VTEC Turbo itu berupaya menghamburkan kuasa 193PS dan tork 243Nm yang setara dengan enjin 2,400cc tanpa anda perlu membayar cukai jalan yang mahal.

Kelebihan lain yang ada pada CR-V ialah penawaran teknologi keselamatan Honda SENSING yang merangkumi Amaran Keluar Lorong, Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan, Sistem Bantuan Kekal Lorong, Lampu Tinggi Auto, Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan, Kawalan Pemanduan Adaptif, Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran dan paling istimewa ialah Low Speed Follow.

Low Speed Follow yang bekerjasama dengan Kawalan Pemanduan Adaptif akan memastikan CR-V bergerak dan berhenti dalam kesesakan jalan raya tanpa memerlukan pemandu sentiasa menekan pedal minyak atau brek.

Dengan jaminan selama 5 tahun tanpa mengira jarak perjalanan, Honda CR-V menawarkan pengalaman pemilikan yang bagus. Pelanggan disokong oleh 97 pusat servis di seluruh negara bagi memberikan bantuan teknikal sekiranya CR-V memerlukan pembaikan dengan segera.

Sempena dengan bulan Ogos dan sambutan kemerdekaan, Honda kini menawarkan rebet khas bagi model-model terpilih Honda.

Anda boleh merebut peluang untuk memiliki CR-V dengan rebat RM1,000 bagi semua varian yang didaftarkan antara 1-31 Ogos 2022 dan selagi stok masih ada.

Google ads
Back to top button