Artikel Pilihan

MAZDA COSMO – INILAH DIA MODEL YANG DIGUNAKAN DALAM SIRI ULTRAMAN

Kereta kompak dua pintu ini pasti tidak ramai yang akan membeleknya ketika hadir ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) yang sedang berlangsung dari 8 – 10 November ini. Akan tetapi mata ini macam memberikan memori sesuatu ketika menatapnya. Benar, inilah dia model yang pernah digunakan dalam siri The Return of Ultraman yang digunakan oleh pasukan MAT (Monster Attack Team) sekitar tahun awal 70an.

Marilah kita ungkit sedikit sejarah model Mazda Cosmo yang tidak pernah didendang ini. Model Cosmo generasi pertama ini mula diperkenalkan pada tahun 1967 sehinggalah ke tahun 1972 tamat produksinya. Berdasarkan sejarah, ini adalah merupakan sebagai model pengenalan terhadap model kereta sport moden keluaran Mazda yang pernah mereka keluarkan.

Mazda sengaja memilih plat nama Cosmo ini sebagai tanda reflek mereka terhadap tarikan budaya antarabangsa yang membawa erti Perlumbaan Angkasa. Ini merupakan visi Mazda ketika itu yang mahu mempamerkan kehandalan enjin rotary mereka di kala itu.

Katanya Mazda Cosmo ini telah dibina secara berperingkat dengan dua buah unit prototaip dibina pada tahun 1963. Setahun kemudian, sebuah lagi unit telah dibina khusus untuk menyertai pameran Tokyo Motor Show.

Sebelum produksi massa dibuat, sejumlah 80 unit model ujian telah dibina dengan 20 unit digunakan oleh Jabatan Ujian Mazda sendiri manakala bakinya diserahkan kepada Pengedar bagi menjalankan juga sesi ujian.

Kemudiannya dari Mei 1967 sehingga ke Julai 1968, hanya sejumlah 343 unit telah dibina sehingga ke September 1972 hanya 833 unit telah dibina. Ini menjadikan hanya sejumlah 1,176 unit sahaja yang telah dibina secara keseluruhan sekali gus memberikan isyarat bahawa model ini sebenarnya agak sukar untuk dilihat seluruh dunia.

Jika dilihat dengan pandangan mata kasar, Mazda Cosmo ini sememangnya sudah kelihatan cukup sporty diera 60an sehingga ke 70an. Bahagian hadapan yang menampilkan rekaan lampu bulat ala klasik tetapi di bahagian belakang menampilkan rekaan yang agak unik yang mana lampu utamanya telah dipisahkan atas bawah dengan kemasan gril chrome di tengah.

Dan ianya merupakan sebuah kejayaan sebenar untuk sebuah kereta sport apabila enjin rotary 491 cc x 2 yang mampu mengasilkan output sehingga 110 PS. Kelajuan tertinggi yang mampu dicatatkan adalah 185 km/j.

BACA : MAZDA COSMO SPORT – 50 TAHUN TEKNOLOGI ENJIN ROTARY

BACA : EDISI 100 TAHUN MAZDA DENGAN PENGARUH MODEL INI – MAZDA R360

Google ads

B K

Back to top button