TASKL 2024 – KUHL RACING 35R 2024 EDITION. LAIN MACAM BETUL DIA PUNYA RUPA
Untuk TAS KL 2024 ini, mata BK memang tertarik betul model Nissan GTR yang satu ini. Mungkin para peminat kereta modifikasi yang lain akan memilih jentera daripada Top Secret sebagai pilihan mata, tetapi yang ini pun tampak menarik dan luar biasa juga. Dan ini adalah model Kuhl Racing 35R 2024 Edition yang menampilkan rekaan wide body yang cukup lebar dan lowered.
Model asal Nissan GT-R secara standard pun sudah dianggap garang, namun apabila ianya diberikan sentuhan daripada Kuhl Racing, sebuah rumah penala dari Jepun yang bukan biasa – biasa bisa merubah rupa terhadap model ini kepada sesuatu yang lebih garang dan juga ekstrem.
Kuhl Racing 35R 2024 Edition ini turut pernah dipamerkan di Osaka Auto Messe (OAM) 2024 dan pernah muncul sebagai pemenang hasil undian orang awam untuk kategori penampilan dan talaan popular.
Model ini berinspirasikan daripada model GT-R 2024 yang jelas boleh dilihat pada bahagian bampar utama. Tetapi ianya telah diberikan sedikit sentuhan daripada Kuhl Racing untuk mereka bentuk agar ianya kelihatan lebih lowered dengan penambahan splitter pada bawah bampar.
Menariknya kit yang turut dijual di Jepun masih boleh dipasang pada setiap model GT-R yang pertama sehinggalah ke model 2024. Cuma model bermula 2017 terdapat sedikit perubahan pada garisan sisi di bonet, jadinya Kuhl Racing telah bertindak untuk menawarkan dua pilihan bampar dan juga bonet bagi menyesuaikannya.
Rekaan belakang juga telah diberikan rupa baharu yang lebih garang dan ekstremdengan memuatkan empat corong ezkos daripada Kulh Racing sendiri di kiri dan kanan serta diffuser yang turut kelihatan menyerlah di bahagian belakang.
Akan tetapi perkara yang paling menyerlah untuk Kuhl Racing 35R 2024 Edition ini adalah pemadanan kit badan yang lebar dari hadapan membawa hingga ke belakang. Memang cukup ketara.
Kit badan yang lebar ini diselarikan dengan Wing di belakang dan juga membolehkan rekaan rim Krone 02 yang lebih lebar turut dipasang. Rim tersebut dibaluti dengan tayar Falken FK510 255/40R20 di hadapan dan 205/35R20 di belakang.
Kit badan yang dipasang ini mempunyai tahap kelebaran sehingga 30 mm dan boleh dipasang tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian terhadap badan kereta yang standard.
Terima kasih kepada sistem suspensi daripada Air Force Super Performance Kit yang bolehkan kereta ini direndahkan mengikut keperluan pemilik.
Beberapa kerja tingkat taraf di bahagian enjin turut diberikan perhatian terhadap model yang dilayangkan dengan warna Elegant Gold ini seperti TRUST intake pipe dan juga ECU daripada Kuhl Racing sendiri.
BACA : TASKL 2024 – NISSAN Z VEILSIDE FFZ400 TURUT DIPAMERKAN