Artikel Pilihan

FAKTA MENARIK TENTANG EDDIE LAWSON – JUARA DUNIA YANG JARANG TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN

  • GP500. Era paling unik. Motosikal 500cc yang digunakan adalah cukup liar tanpa telemetri dan kawalan cengkaman. Pelarasan dilakukan sendiri oleh mekanik dan pelumba. Malah proses tuning itu sendiri adalah seni.
  • Penguasaan. Bukan senang untuk mengawal jentera 500cc yang digunakan dalam perlumbaan walaupun anda seorang pelumba professional. Lawson sendiri mengambil masa hampir setahun untuk menyesuaikan diri dan pada peringkat awal, kuasa motosikal itu sendiri menakutkan beliau.
  • Pertukaran pasukan dari Yamaha ke Honda. Bila diberitahu oleh bos beliau di Yamaha tentang pemotongan bajet, Lawson membuat siasatan sendiri. Beliau dapati bajet tidak dipotong, bahkan Phillip Morris selaku penaja telah menggandakan bajet. Menyedari perkara tersebut, Lawson membuat keputusan untuk berpindah ke Honda.
  • Perpindahan ke Cagiva. Lawson sudah mahu bersara pada 1991 tapi Cagiva menawarkan gaji yang lumayan dan berjanji untuk menaiktaraf jentera mereka mengikut kehendak Lawson. Ia satu keputusan yang menguntungkan dan Lawson menikmati tahun terakhir sebelum bersara bersama Cagiva.
  • Lawson tidak sukakan kecederaan. Sebab itulah beliau mempunyai gaya tunggangan yang cukup cermat. Sebab itulah beliau diberi nama jolokan “Steady Eddie”. Tak ada guna menunggang dengan agresif tapi akhirnya tergolek.
  • Lawson tidak pernah mempunyai pasukan sendiri. Beliau tidak berminat untuk menguruskan pasukan yang sudah tentunya akan menyerabutkan kepala.
  • BFF Wayne Rainey. Lawson dan Rainey membesar bersama di selatan California sebelum keduanya menyertai perlumbaan GP dunia.
  • Masa depan motosikal. Lawson percaya motosikal elektrik bakal menguasai dunia tapi sebagai orang lama sudah tentu beliau akan merindui bunyi bising dan bau asap motosikal sekali sekala. Macam kami jugak.
Google ads
Back to top button