Buletin

EDISI 100 TAHUN MAZDA DENGAN PENGARUH MODEL INI: MAZDA R360

Kisah Mazda seperti pengeluar Jepun yang lain mempunyai sejarah panjang. Pengasas Mazda iaitu Jujiro Matsuda pulang ke bandar asalnya di Hiroshima selepas menikmati kerjaya yang berjaya di dalam bidang kejuruteraan di Osaka.

Beliau menyertai Toyo Cork Kogyo yang merupakan pengeluar produk kayu gabus dan selepas menamakannya semula sebagai Toyo Kogyo pada 1927, beliau menerajui syarikat untuk beralih kepada pembuatan mesin.

Syarikat kemudian beberapa kali beralih fasa dan akhirnya mengeluarkan trak atau motosikal roda tiga dan berterusan sehingga seperti yang kita kenali hari ini.

Pada tahun 1960 barulah Mazda mengeluarkan kereta produksinya yang pertama iaitu R360. Kereta coupe mikro ini menerima sambutan hangat dan merupakan model ikonik untuk Mazda.

Bagi meraikan 100 tahun Mazda, R360 atau lebih spesifik warna badan putih atau rekaan bumbung warna merah dua tona versi gred tinggi model itu dijadikan inspirasi kepada model 100th Anniversary Special Edition.

Tema baharu warna luaran dan dalaman yang digunakan ialah dua tona putih dan burgundy.

Warna putih pada bahagian luar dikenali sebagai Snowflake White Pearlescent dengan karpet dalaman dan kerusi kulit burgundy.

Selain warna, model 100th Anniversary Special Edition turut didatangkan dengan ciri eksklusif seperti logo 100th Anniversary pada alas lantai warna burgundy, kunci dan penyandar kepala.

Pada bahagian luar, logo yang sama turut diguna pada tengah roda dan sisi kereta.

Rekaan dan susunan logo 100th Anniversary dibuat dengan menarik dan berfalsafah. Simbol 100th Anniversary diletakkan di atas logo Mazda dan turut ditampilkan ialah logo bulat syarikat Toyo Kogyo.

Rekaan itu adalah imbasan kepada keinginan Jujiro Matsuda untuk menyumbang kepada dunia melalui kejuruteraan dan kesungguhan supaya terus maju ke hadapan.

Berikut ialah model istimewa 100th Anniversary Special Edition yang ditawarkan di United Kingdom:

Mazda3 100th Anniversary

  • Diperkenalkan di Jepun pada awal 2020.
  • Menggunakan enjin Skyactiv-X 180ps.
  • Berharga £29,995 (RM165,553).
  • 100 unit terhad.

Mazda CX-30 100th Anniversary

  • Menggunakan enjin Skyactiv-X.
  • Berharga £31,695 (RM174,936).
  • 100 unit terhad.

Mazda MX-5 Convertible 100th Anniversary

  • Menggunakan enjin 2.0 liter 184bhp.
  • Bumbung fabrik Dark Cherry.
  • Berharga £29,995 (RM165,553).
  • 100 unit terhad.

Mazda2, Mazda6, Mazda CX-5 100th Anniversary

  • Lima unit setiap model.
  • Berharga £20,995 (RM115,879) – Mazda2, £33,995 (RM187,631) -Mazda6.

Setiap unit kereta dibekalkan dengan kotak tempahan khas untuk diguna semasa penyerahan kepada pelanggan dan mereka turut menerima buku edisi terhad yang merakamkan ulang tahun ke-100 Mazda.

Setiap pelanggan juga menerima model skala Mazda R360 sebagai peringatan khas.

Edisi khas untuk peristiwa istimewa dengan jumlah terhad. 

Mazda sebenarnya telah lama bertapak di UK dengan tempoh jualan melebihi 50 tahun. 

BACA:’KISAH EPIK MAZDA GO DAN MAZDA COSMO!

BACA: MAZDA 323 (FAMILIA), MODEL IKONIK RWD!

BACA: 3 GENERASI MAZDA RX-7 FB, FC, FD DENGAN ENJIN ROTARY IKONIK

Mazda 100th Anniversary

Mazda R360

Mazda3 100th Anniversary

Mazda CX-30 100th Anniversary

Mazda MX-5 Convertible 100th Anniversary

Mazda6 100th Anniversary

Mazda CX-5 100th Anniversary

Mazda CX-30 100th Anniversary

Google ads
Back to top button