Artikel Pilihan

TASKL 2024 – NISSAN Z VEILSIDE FFZ400 TURUT DIPAMERKAN. TAPI APA PASAL MACAM LIHAT TAPI DI MANA YA?

Buat peminat tegar trilogi filem Fast & Furious pastinya pernah tahu bahawa watak lelaki Han yang pernah memandu jentera Veilside Fortune RX-7 dalam filem Fast & Furious 3:Tokyo Drift. Walau pun mempunyai skema warna yang seakan identikal, tetapi ini adalah model serba baharu.

Ini merupakan Nissan Z Veilside FF400 yang telah dihasilkan oleh Veilside sendiri yang juga merupakan tuner terkemuka dari Jepun. Dan model ini sengaja dihasilkan bagi memenuhi keperluan watak Han yang akan sekali lagi memandu jentera berwarna jingga dari Veilside ini untuk sekual Fast & Furious seterusnya.

Dan amatlah bertuah buat pengunjung Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 (TASKL 2024) kali ini apabila berpeluang bertentang mata dengan model Nissan Z Veilside FF400. Tahukah anda bahawa model yang serupa juga telah dipamerkan untuk Tokyo Auto Salon 2023 yang lalu.

Dibina berdasarkan model terkini Nissan Z RZ34, ianya kelihatan lebih garang berbanding rupa standard untuk model jalanannya dengan penggunaan kit badan yang melebar meliputi bahagian bampar hadapan, ruang fender sisi depan hingga ke belakang, skirting sisi, bampar belakang dan tidak lupa spoiler di belakang.

Walau pun gril hadapan masih lagi digunapakai, tetapi rekaan bampar hadapan yang lebar dan lowered itu jelas menunjukkan rupa yang garang dan agresif.

Terdapat juga rekaan berbentuk V pada bahagian atas yang dikontrakan dengan warna hitam berkilat, berbeza dengan layangan warna jingga berkilat , skema warna yang serupa digunakan untuk model Veilside Fortune RX-7.

Untuk menambahkan lagi kegarangannya, Veilside telah bertindak membina fender belakang yang seperti dipasang dan bukannya seperti terbina dalam yang jelas menunjukkan skru rivet yang bersusun di bahagian sisi. Percayalah, ianya nampak lebih garang apabila dibuat sebegini.

Melengkapkan penampilan luaran adalah padanan rim forged Veilside Andrew bersaiz 20 inci. Memang nampak ngam – ngam soi orang kabo. Walau pun nampak lowered sebegini, tetapi penggunaan sistem suspensi udara membolehkan ianya menyesuaikan diri sama ada untuk dipandu atau pun diparkir untuk tontonan orang ramai.

Jadi tunggu apa lagi, sempat lagi untuk hadir tengok sendiri depan mata model ini.

BACA : NISSAN Z HERITAGE EDITION – RAI DATSUN 240Z S30

BACA : SEGALANYA TENTANG NISSAN Z NISMO 2024 – LEBIH MANTAP

Google ads

B K

Back to top button