
MAZDA CX-4 LANCAR APRIL HADAPAN
Berita terbaru tentang Mazda CX-4 semakin kuat apabila model itu khabarnya akan dilancarkan tahun ini.
Mazda mengumumkan akan memperkenalkan model CX-4 pada Beijing Motor Show 2016 yang bermula pada 25 April hadapan.
Model crossover itu memiliki penampilan lebih rendah, ramping dan sporty berbanding CX-5. Pandangan hadapannya agresif manakala belakangnya sporty. Dimensi jentera ini ialah 4,600mm panjang, 2,700mm (jarak roda), 1,900mm (lebar) dan tinggi 1,500mm.
Masuk ke ruang kabin, rekaan konsol tengah sama dengan Mazda CX-9. Bahagian stereng dan panel instrumen pula mengambil rekaan pada CX-3. Seperti model Mazda yang lain, CX-4 turut dilengkapi sistem Mazda Connect.
Soal mekanikal, CX-4 dilengkapi dengan enjin 2.0 liter Skyactiv dan 1.5 liter diesel. Ia diikombinasikan dengan transmisi manual dan automatik enam kelajuan.