Buletin

TOYOTA GT 86 2017

Toyota akan melancarkan versi facelift GT86 sport pada New York Auto Show minggu hadapan. Model yang dibangunkan di bawah program kerjasama dengan Subaru itu menerima kemas kini dari segi luaran, dalaman dan casis.

toyota-gt-86-2017-mekanika (2)

Secara visualnya, GT86 2017 dibezakan menerusi ruang pengambilan udara yang besar di tengahnya. Rekaan itu memberikan penampilan yang lebar dan rendah bagi sebuah jentera coupe.

Bampar hadapan direka bentuk semula, begitu juga pada bahagian lampu kabus,  penggunaan lampu hadapan LED dan indikator. Manakala elemen  paling ketara adalah reka bentuk rim aloi jejari berpintal baharu.

Pada bahagian kabin, persepsi kualiti ditingkatkan dengan penggunaan kemasan kulit baharu dan uphosteri Alcantara.

toyota-gt-86-2017-mekanika (3)

Tidak ketinggalan, upholsteri kain baharu dengan jahitan benang berwarna perak, roda stereng yang dimodifikasi, kawalan audio dan logo 86 turut digunakan.

Perubahan casis tertumpu kepada semakan talaan peredam dan nisbah spring yang menyumbang kepada kawalan yang lebih mudah dan ketangkasan jentera. Nadi jentera masih sama menggunakan  enjin Boxer 2.0 liter Subaru.

Model GT86 2017 dijangka dijual mulai hujung tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button