Buletin

MAZDA CX-5 & DEMIO DIESEL CATAT EMISI NOx PALING RENDAH

Memetik laporan akhbar berpengaruh Jepun, Nikkei baru-baru ini, satu ujian emisi yang dijalankan di bawah kondisi pemanduan sebenar mendapati sejumlah kenderaan diesel buatan Jepun mengeluarkan emisi nitrogen oksida (NOx) lebih tinggi berbanding apa yang dicatatkan dalam ujian di makmal.

Mazda2-diesel-emission-2016-mekanika (1)

Sebagai maklum balas kepada skandal emisi diesel Volkswagen, Kementerian Pengangkutan Jepun telah menguji enam model domestik melibatkan perjalanan di lebuh raya dan laluan biasa.

Hasilnya, emisi NOx model Toyota Land Cruiser Prado dan HiAce dikesan mencecah dua hingga lima kali ganda. Sementara emisi NOx Nissan X-trail dan Mitsubishi Delica D:5 pula mencatat emisi NOx setinggi sepuluh kali ganda.

Mazda-CX5-diesel-emission-2016-mekanika (1)

Biarpun begitu, Mazda CX-5 dan Demio (Mazda2) diesel pula tidak mencatat emisi NOx yang tinggi.

Undang-undang sekarang hanya memerlukan pengeluar kenderaan menjalankan ujian di dalam makmal. Jadi, semua model yang dinyatakan di atas tidak menyalahi atau gagal dalam mana-mana ujian.

Namun, kerajaan Jepun dijangka memperkenalkan peraturan baharu berdasarkan kepada ujian di atas jalan. Keputusan ujian emisi NOx adalah berbeza berdasarkan beberapa faktor seperti cuaca dan corak pemanduan.

Sedia maklum bahawa Bermaz Motor kini sedang giat menjalankan ujian ke atas beberapa model diesel (CX-5, Mazda2 & Mazda6) sebelum dilancarkan ke pasaran tempatan pada tahun ini.

Tak sabar nak tunggu..

Google ads
Back to top button