Peranti

SAMSUNG LANCAR GALAXY S7 edge -RM3,099!

Samsung Malaysia Electronics hari ini melancarkan telefon pintarnya yang sudah lama ditunggu-tunggu di pusat membeli-belah terkemuka, Suria KLCC yang padat dengan peminatnya. 

Samsung-Galaxy-S7-edge-launch-mekanika (2)

Pelancaran itu lebih estatik dengan penampilan istimewa bintang Running Man, Lee Kwang Soo. Bagi mendekatkan lagi Galaxy S7 dengan pengguna, Samsung Malaysia Electronics akan mengadakan siri jelalah ke beberapa lokasi terpilih ke seluruh negara.

Siri jelajah itu dimulakan di Suria KLCC pada hari ini sehingga Selasa minggu depan. Sebelum diteruskan ke Johor Bahru, Bayan Lepas dan Kuching, Sarawak.

Telefon ini ternyata cukup popular. Buktinya, selepas majlis pra-pelancaran tidak lama dahulu, lebih 3,000 unit berjaya dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Samsung-Galaxy-S7-edge-launch-mekanika (6)

Disifatkan sebagai wakil kepada telefon pintar generasi seterusnya, Galaxy S7 edge menggabungkan aspek kuasa dan prestasi yang tmengagumkan.

Semua itu digabungkan dalam gaya luaran yang cukup bergaya dan ergonomik. Telefon pintar bersaiz 5.5 inci ini menggunakan paparan Quad HD Super AMOLED yang dibina bersama kaca 3D.

Dengan skrin sisi yang dipertingkatkan, pengguna boleh mengakses panel edge untuk melihat kandungan dengan lebih mudah.

Samsung-Galaxy-S7-edge-launch-mekanika (8)

Galaxy S7 edge menampilkan ciri kamera Dual Pixel yang pertama pada telefon pintar. Teknologi itu menawarkan imej yang lebih terang dan tajam.

Lensanya mempunyai bukaan apertur F1.7. Shutter speed juga lebih pantas dengan autofocus lebih tepat, walaupun dalam kondisi cahaya yang malap.

Samsung-Galaxy-S7-edge-launch-mekanika (5)

Bukan itu sahaja, dengan ciri Always-On Display pengguna tidak perlu menyentuh skrin dan tidak akan terlepas sebarang panggilan atau notifikasi penting.

Galaxy S7 edge dikuasakan oleh Octa core 64 bit dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Tidak perlu bimbang mengenai kapasiti. Ini kerana ia hadir bersama memori 4GB RAM serta slot kad SD sehingga 200GB yang bersamaan hampir 200 filem atau 50,000 keping gambar (berdasarkan kepada 1GB filem dan foto 4MB).

Samsung-Galaxy-S7-edge-launch-mekanika (3)

Demi memenuhi keperluan pengguna, telefon pintar ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3,600mAh. Dengan sistem pengecasan wayar dan tanpa wayar yang pantas, Galaxy S7 edge memang sesuai untuk anda.

Samsung-Galaxy-S7-edge-launch-mekanika (9)

Bagi mereka yang gemar bermain permainan video, aspek perkakasan dan perisian telefon pintar ini sudahpun dipertingkatkan.

Galaxy S7 edge boleh didapati di pasaran Malaysia mulai esok (18 Mac 2016) pada harga RM3,099. Telefon pintar ini hadir dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, perak dan emas.

Google ads
Back to top button