
MAZDA CX-5 HAMPIR HANYUT KE DALAM LAUT KETIKA HEALING DI PANTAI
Sebuah SUV Mazda CX-5 dilapor ditenggelami air dan hampir dihanyutkan ke dalam laut di kawasan Pantai Temalah, Sedili Besar, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Menurut kenyataan dari laman Facebook Polis Balai Kuala Sedili, kenderaan itu dinaiki oleh dua lelaki bersama seorang wanita warga tempatan.
Kenderaan tersebut hampir dihanyutkan ke dalam laut semasa mereka sedang bersiar dan menyusuri pantai. Tambahan, mangsa juga tidak menyedari kejadian air pasang selain kurang berpengalaman tentang keadaan laut.

Bertindak berdasarkan maklumat yang diperolehi, Ketua Polis Kuala Sedili, SM Saidon Hadzri Abu Hassan bersama dua anggota dan dibantu oleh dua orang penduduk Tg Sedili, segera menuju ke lokasi kejadian.
Hasil tindakan pantas, kenderaan terbabit berjaya ditarik keluar menggunakan kenderaan 4×4, manakala semua mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Balai Kuala Sedili menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa mengambil langkah-langkah berjaga-jaga terutama ketika musim banjir.
Laporan dari Utusan pada hari ini menyatakan bahawa terdapat peningkatan jumlah mangsa banjir di Johor, menjadi 41,543 orang melibatkan 11,818 keluarga.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, “Seorang mangsa dipercayai maut selepas kenderaan dinaiki dihanyutkan arus deras, empat yang lain dilaporkan mati lemas dan seorang lagi meninggal dunia akibat sakit tua.” – Facebook Polis Balai Kuala Sedili
- BACA: LEBIH 50 JALAN ROSAK DI JOHOR AKIBAT BANJIR
- BACA: ETCM DAN TCEAS UMUM BANTUAN BANJIR NISSAN – TAWAR DISKAUN 30% UNTUK ALAT GANTI, PEMULIHAN UPHOLSTERI
- BACA: 59% PEMILIK KENDERAAN TIADA PERLINDUNGAN BANJIR, TANAH RUNTUH – ZURICH MALAYSIA
- BACA: SELAMAT KE PANDU KERETA ELEKTRIK DALAM BANJIR? BOLEH KENA KARAN TAK?