Artikel Pilihan

SELAMAT KE PANDU KERETA ELEKTRIK DALAM BANJIR? BOLEH KENA KARAN TAK?

Pernahkah anda ditanya berkenaan dengan soalan seperti ini atau mempunyai soalan yang sama seperti ini? Jawapan terus pada persoalan di atas ialah kereta elektrik selamat dipandu untuk meredah banjir tapi ia bergantung kepada IP Rating

IP rating atau Ingress Protection Rating adalah kod yang digunakan oleh pengeluar bagi menunjukkan ketahanan produk atau kereta mereka daripada ditembusi atau diresapi oleh air. IP Rating ini merupakan standard yang digazetkan dalam IEC Standard 60529 (International Electrotechnical Commission)

IEC 60529 telah diperkenalkan bagi menilai dan memberi gred ketahanan atau perlindungan produk elektrik daripada dimasuki habuk atau cecair . Jadi IP rating akan datang dengan 2 kod, sebagai contoh IP65. 6 membawa maksud ia tidak boleh dimasuki oleh habuk dan 5 ia tidak boleh ditembusi oleh cecair yang dengan tekanan yang rendah

Bagi angka pertama, anda boleh merujuk kepada jadual di bawah:

Bagi angka yang kedua, anda boleh merujuk pada jadual di bawah berdasarkan laman sesawang Juice Point

Sumber : Juice Point

Bagi kereta elektrik yang moden, ia biasa memiliki rating sehingga IP67, ini bermakna ia boleh menghalang habuk daripada memasuki komponen elektrik dan juga berupaya melindungi komponen elektrik sehingga pada kedalaman 1 meter, menahan tekanan air sehingga 1000kpa dengan aliran air sehingga 75 liter per minit.

Untuk pengetahuan pembaca, jika rating kedua adalah nombor 8 ia merupakan rating yang biasa digunakan pada alat selaman dan juga komponen kapal selam. Dengan rating IP67, kereta elektrik boleh mengharungi air sedalam 1 meter selama 30 minit tanpa sebarang masalah.

Biasanya banjir kilat akan terjadi dengan kedalaman purata sehingga 300mm tanpa masalah. Semua komponen termasuk pek bateri memiliki pelbagai lapisan perlindungan yang akan memutuskan bekalan arus elektrik sekiranya air memasuki komponen.

Google ads
Back to top button