Buletin

59% PEMILIK KENDERAAN TIADA PERLINDUNGAN BANJIR, TANAH RUNTUH – ZURICH MALAYSIA

Jika kereta anda rosak akibat bencana alam seperti banjir atau ditimpa pokok akibat ribut, anda tidak boleh menuntut ganti rugi daripada syarikat insurans , melainkan anda mempunyai perlindungan peril khas.

Peril khas ialah perlindungan yang akan melindungi daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam.

Zurich Malaysia menggesa pemilik kenderaan bermotor menambah perlindungan peril khas berikutan peningkatan hujan lebat berterusan yang dijangkakan dari pertengahan November seperti yang diberitahu oleh MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia).

Sebagai panduan tentang kos, jadual di bawah memberikan rujukan tentang penambahan perlindungan peril khas dengan Z-Driver dan Z-Driver Takaful Zurich Malaysia yang komprehensif untuk kenderaan persendirian:

Dengan musim monsun timur laut juga pada November dan fenomena La Nina sehingga awal 2023, jumlah hujan akan menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Dalam tinjauan Kesan Pandemik terhadap Perlindungan di kalangan 990 kenderaan pemilik pada September 2021, Zurich Malaysia mendapati bahawa 59 peratus pemandu Malaysia masih tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi terhadap kerosakan banjir.

Selain banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang adalah potensi bahaya yang dihadapi rakyat Malaysia. Hanya satu daripada tiga pemandu aktif (34 peratus) dilaporkan mempunyai perlindungan seperti ribut termasuk pokok tumbang dan cuma 29 peratus dilindungi sekiranya terjadi tanah runtuh.

Pelanggan dinasihatkan berhubung dengan ejen insurans untuk memastikan mereka dilindungi sebaiknya daripada bencana ini.

Google ads
Back to top button