
Buletin
MAZDA DEDAH FOTO MAZDA CX-3
Mazda Motor Corporation hari ini mengesahkan bahawa SUV crossover kompak serba baharunya, Mazda CX-3 akan melakukan premier dunia di Los Angeles Auto Show 2014 yang berlangsung pada 21 hingga 31 November depan.
Mazda CX-3 akan menambah rangkaian model SUV Mazda yang sebelum ini diwakili oleh Mazda CX-5 dan CX-9. Jentera it merupakan kenderaan kelima Mazda yang menggunakan semua teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO – Soul of Motion.
Sekali pandang, ia kelihatan seperti CX-5 versi lebih kecil, dengan garis tubuh yang tajam dan maskulin. Setakat ini, tidak ada perincian yang diberikan oleh Mazda. Jadi, aspek rangkaian kuasa, varian dan sebagainya masih kekal misteri.