Buletin

PROMOSI AKHIR TAHUN CHEVROLET

Bagi meraikan musim perayaan pada hujung tahun ini, pengedar rasmi kenderaan Chevrolet di Malaysia, Naza Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest) telah menganjurkan Kempen Jualan Akhir Tahun Chevrolet.

chevrolet-sonic-kempen-mekanika (2)

Kempen tersebut bermula pada 1 Oktober hingga 16 November 2014. Dengan kempen ini, semua model Chevrolet tahun 2014 seperti Captiva, Colorado, Cruze, Orlando, Sonic dan Malibu yang dibeli serta didaftarkan dalam tempoh promosi akan hadir bersama pakej servis percuma selama tiga tahun atau perbatuan sehingga 60,000km (mana-mana tiba dahulu).

Pakej itu turut melibatkan alat ganti, minyak pelincir dan kos buruh. Ia sememangnya memberi ketenangan jiwa kepada bakal pemilik kenderaan Chevrolet. Selain dapat menikmati prestasi, praktikaliti dan keselamatan kenderaan Chevrolet sepenuhnya.

chevrolet-malibu-kempen-mekanika  (2)

Bukan itu sahaja, semua bilik pameran Chevrolet di seluruh negara akan mengadakan ‘Chevrolet Xperience’ pada 1 dan 2  November 2014, dari jam 10:00am hingga 7:00pm.

Para pengunjung boleh memandu uji model-model Chevrolet. Mereka yang menempah mana-mana model Chevrolet juga akan diberikan hadiah istimewa.

SONY DSC

Trak pikap Chevrolet Colorado ditawarkan pada harga bermula RM90,888 seunit. Sedan Cruze berharga RM103,888, Orlando (RM118,888), Captiva (RM158,888) dan Malibu (RM153,888). Harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

“Kempen ini berhasrat mempromosikan ciri-ciri keselamatan kenderaan Chevrolet, sambil menawarkan nilai selepas jualan dan ketenangan minda kepada para pelanggan,” kata Pengerusi  Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

SONY DSC

Maklumat lanjut mengenai  kempen Jualan Akhir Tahun Chevrolet dan Chevrolet Xperience, sila hubungi talian 1-800-2-CHEVY (24389) atau layari laman web: www.chevrolet.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button