Buletin

MAZDA DEDAH TEASER CX-90, TRENKUASA PLUG-IN HYBRID, LANCAR JANUARI 2023

Mazda mendedahkan teaser terbaharu bagi model tiga baris tempat duduk yang paling besar di dalam keluarga SUV-nya, iaitu CX-90 2024.

Selain daripada info kehadiran enjin enam silinder sebaris, Mazda CX-90 juga dikhabarkan bakal menampilkan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV).

Ia boleh dilihat berdasarkan kehadiran emblem E Skyactiv PHEV pada pintu belakang SUV itu, serta kelibat seseorang yang sedang memegang kepala pengecas yang memberikan petanda port pengecasan pada bahagian kanan.

Sistem plug-in hybrid ini telah pun wujud pada model SUV CX-60, di mana ia menampilkan enjin 2.5 liter dengan output keseluruhan 323 hp dan 500 Nm.

Ia membolehkan CX-60 PHEV memecut sepantas 5.8 saat dari 0-100 km/j, sementara pek bateri 17.8 kWh pula menawarkan jarak sifar emisi sejauh 63 km tanpa penggunaan setitik petrol.

Difahamkan, Mazda CX-90 2024 ini akan muncul secara rasmi pada bulan Januari 2023.

Google ads
Back to top button