
MICHELIN X WORKS Z & MICHELIN X LINE ENERGY Z
Michelin baru-baru ini melancarkan dua tayar prestasi tinggi iaitu Michelin X Works Z dan Michelin X Line Energy Z.
Michelin X Works Z merupakan tayar untuk kegunaan di jalan raya, sekitar tapak pembinaan dan kuari. Sementara Michelin X Line Energy Z pula direka untuk digunakan di lebuh raya.
Dalam usaha memenuhi keperluan untuk tayar yang lebih tahan lama, selamat dan boleh dipercayai, Michelin X Works Z baru menampilkan reka bentuk bunga baru yang memberikan tapak seragam dan penggunaan lebih sekata, lantas meningkatkan jangka hayat tayar.
“Tayar Michelin menjanjikan prestasi terbaik untuk membawa muatan berat. Michelin X Works Z misalnya mencatatkan kos sekilometer yang paling rendah,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia Sdn. Bhd., Beltran Yturriaga.
Sementara itu, Michelin X Line Energy Z direka khas untuk kegunaan syarikat-syarikat pengangkutan. Ia dicipta agar tahan lebih lama, menjimatkan minyak dan selamat. Menurut Michelin, dengan teknologinya yang canggih, tayar Michelin X Line Energy Z mampu menjimatkan sehingga 515 liter minyak bagi kenderaan yang bergerak sejauh 130,000km.
Tayar tanpa tiub Michelin X Works Z dan Michelin X Line Energy Z boleh didapati dalam saiz 295/80 R22.5 mulai September 2014.








